Mengenai Kami

Siapakah Kami?

Raffles Translation Services (“Raffles Translation”) telah ditubuhkan sebagai sebuah pusat perkhidmatan bahasa yang profesional di Singapura pada tahun 1999 bagi memperingati ulang tahun ke-180 pengasasan Singapura moden oleh Thomas Stamford Raffles pada tahun 1819. Kami menamakan syarikat kami Raffles Translation seperti pelanggan-pelanggan kami contohnya Raffles Hotel, Raffles Hospital dan Raffles Club kerana di Singapura, Raffles adalah lambang KECEMERLANGAN, KUALITI dan KEUNGGULAN.

Selama dua puluh tahun sejak penubuhan Raffles Translation, kami tidak pernah sekalipun melupakan visi dan misi syarikat. Kami sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk mengamalkan nilai-nilai teras syarikat agar matlamat utama kami untuk menjadi sebuah syarikat terjemahan yang bertaraf dunia akan tercapai.

Sebagai sebuah pasukan yang elit dalam industri terjemahan, kami memberikan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi yang berkualiti dalam bahasa-bahasa ASIA dan EROPAH termasuk tetapi tidak terhad kepada bahasa Melayu, Tamil, Indonesia, Tagalog, Vietnam, Burma, Bengali, Arab, Hindi, Thailand, Kemboja, Laos, Jepun, Korea dan Cina, serta bahasa Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, Denmark, Belanda, Rusia, Ukraine, Yunani, Turki, Norway, Finland, Latin, Poland, Latvia, Croatia, Czech, Ireland dan sebagainya.

Kami akan membentuk pasukan yang khusus mengikut negara bagi setiap projek, tidak kira projek yang besar ataupun projek yang kecil bagi Terjemahan Bahasa (Terjemahan untuk Bidang Kewangan, Terjemahan untuk Bidang Undang-undang, Terjemahan untuk Bidang Sains/Perubatan, Terjemahan untuk Bidang Teknikal, Terjemahan untuk Bidang Perniagaan, Terjemahan untuk Bidang Penerbangan/Perkapalan, Terjemahan untuk Bidang Kesusasteraan Cina, Terjemahan yang Diperakui)PenukaranPerkhidmatan IntepretasiLokalisasi Laman Web, Penyuntingan, Bacaan PrufTranskripsiDTP (Mengatur Huruf), Suara Latar, Penyarikataan dan sebagainya.

Semua penterjemah dan jurubahasa kami adalah ahli linguistik bahasa ibunda yang bekerja sepenuh masa dan bertauliah serta khusus dalam satu bidang akademik yang tertentu. Tidak kira apa jenis dokumen atau data yang ingin diterjemahkan oleh anda, Raffles Translation akan memberikan perkhidmatan yang pasti dapat memenuhi keperluan khusus anda.

Sistem kami telah diuji dan dipercayai ramai. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa memilih Raffles Translation bermaksud memilih KUALITI TERBAIK yang mungkin tidak dapat diperoleh daripada syarikat-syarikat yang lain. SILA KLIK DI SINI untuk mendapatkan sebut harga percuma bagi perkhidmatan terjemahan daripada pasukan profesional kami yang bertauliah dan berpengalaman.

Visi Kami

Menjadi sebuah syarikat terjemahan bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan terjemahan, intepretasi dan lokalisasi yang khusus dan mempunyai nilai-nilai tambahan untuk manfaat perniagaan dan individu di seluruh dunia

Misi Kami

Kami komited dalam menambahkan nilai kepada perniagaan pelanggan kami menerusi perkhidmatan terjemahan, interpretasi dan lokalisasi yang khusus pada kadar bayaran yang sangat berpatutan dan dalam jangka masa yang paling singkat.

Objektif utama kami adalah menjalin hubungan yang rapat dengan pelanggan kami untuk jangka masa yang panjang dengan memupuk keyakinan dan kesetiaan pelanggan yang tinggi terhadap syarikat kami.

Selain itu, kami bersedia untuk mencurahkan lebih banyak usaha dan memimpin industri terjemahan ke arah pencapaian kualiti yang lebih cemerlang.

Nilai Teras Kami

Raffles Translation Services komited untuk memberikan perkhidmatan terjemahan yang berkualiti tinggi dan boleh diharapkan dengan mengutamakan tahap “PROFESIONALISME” yang disokongi oleh nilai-nilai teras kami yang kukuh:

Sentiasa Mengejar Kesempurnaan

Biarpun kami faham bahawa tiada apapun yang sempurna di alam semesta ini, kami masih bertekad untuk mengejar kesempurnaan dalam apa jua yang kami lakukan pada setiap masa kerana kami sedar “ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan tetapi hanya beberapa saat untuk memusnahkannya”. Budaya kami tidak membenarkan kesalahan atau kesilapan, walau sekalipun. Inilah yang kami kenali sebagai Jaminan Kualiti Penuh (Total Quality Assurance (TQA)) yang merupakan talian hayat bagi perniagaan kami. Raffles Translation komited dalam memberikan perkhidmatan terjemahan bahasa yang premium dengan mengikuti Proses Kawalan Kualiti secara menyeluruh untuk setiap projek, tidak kira projek yang besar atau projek yang kecil, agar dapat mencapai harapan pelanggan-pelanggan kami melebihi apa yang dijangkakan.

Kerjasama yang Berorientasikan Sumber Manusia

Sumber manusia merupakan aset kami yang paling penting. Sebagai tulang belakang perniagaan kami, merekalah yang menjamin kualiti perkhidmatan dan kejayaan perniagaan kami. Kami komited dalam menggaji, melatih dan melanjutkan perkhidmatan penterjemah-penterjemah profesional yang merupakan calon terbaik yang telah kami pilih daripada setiap bidang. Tambahan pula, kami percaya kepada semangat kerjasama dan menggalakkan semua kakitangan kami untuk bekerja sebagai satu pasukan; Hanya dengan wujudnya semangat kerjasama dapat kami hasilkan keputusan premium yang diharapkan—sepertimana yang dikatakan oleh Bill Gates “tiada individu yang sempurna, hanya pasukan yang sempurna”.

Sentuhan Peribadi

Pelanggan kami datang daripada pelbagai sektor yang berlainan. Setiap pelanggan mempunyai permintaan dan keperluan yang tersendiri. Oleh itu, kami sentiasa memastikan bahawa setiap pelanggan diberikan perhatian yang sepenuhnya melalui komunikasi yang berkesan. Kami bukan sahaja berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan, tetapi juga mengutamakan tahap profesionalisme dan keprihatinan terhadap kehendak pelanggan-pelanggan kami. Perkhidmatan kami direka khas untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan dan kami sentiasa mendahului kepentingan pelanggan berbanding dengan yang lain. Kami mementingkan kejujuran, integriti dan fikiran yang terbuka.

Kos Efektif

Kos merupakan faktor yang paling dititikberatkan oleh pelanggan. Tiada sesiapapun yang sanggup membayar lebih daripada kadar harga pasaran yang terendah. Raffles Translation Services komited dalam menawarkan harga yang paling berpatutan tanpa mengorbankan kualiti atau kecekapan untuk menguntungkan kedua-dua pihak. Projek anda akan sentiasa dilaksanakan dengan betul, tepat pada waktunya dan tidak melebihi belanjawan—tanpa pengecualian.

Mengendalikan Semua Kerja Secara Sulit

Masyarakat kini tidak lagi dibatasi oleh sempadan geografi akibat perkembangan internet yang pesat dan ini telah mewujudkan banyak peluang baru kepada perniagaan terjemahan bahasa. Namun begitu, pada masa yang sama, perkembangan internet turut menimbulkan kebimbangan pelanggan tentang kerahsiaan maklumat mereka. Raffles Translation memahami kebimbangan ini dan menjamin bahawa syarikat kami akan mengamalkan etika profesional dengan sepenuhnya semasa mengendalikan dokumen-dokumen yang sulit.

Sebagai jaminan tambahan kepada pelanggan, kami bersedia menandatangani “Perjanjian Kerahsiaan” (Non-Disclosure Agreement (NDA)) agar anda boleh menaruh kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kami sebagai sebuah organisasi yang akan melindungi kerahsiaan anda sepertimana yang dijamin oleh sistem undang-undang Singapura.

Bagi pelanggan yang ingin menandatangani Perjanjian Kerahsiaan dengan kami, sila muat turun dokumen standard di SINI. Baca isi kandungan perjanjian dengan teliti dan kemudiannya, isi tarikh, nama syarikat dan alamat syarikat anda dan tandatangani dua salinan. Selepas itu, hantar perjanjian tersebut melalui mesin pengimbas kepada kami di compliance@rafflestranslation.com.sg. Setelah menerima dokumen tersebut, kami akan menandatangani dengan segera and mengembalikan satu salinan kepada anda melalui emel dan satu salinan asli melalui pos. Selepas itu, anda bolehlah menghantar dokumen anda kepada kami untuk sebut harga tanpa perlu berasa bimbang.

Semasa melayari laman web kami, maklumat anda akan dihormati dan dilindungi di bawah Polisi Privasi kami.