Transkripsi

Kami memberikan perkhidmatan trankripsi profesional pada harga yang amat berpatutan.

Di Singapura, perkhidmatan transkripsi amat diperlukan untuk perbicaraan di mahkamah. Oleh kerana bahasa rasmi Singapura adalah bahasa Inggeris, kebanyakan trankripsi melibatkan transkripsi daripada bahasa Asia atau Eropah kepada bahasa Inggeris

Penterjemah kami akan menonton video anda atau mendengar rakaman anda semasa proses transkripsi dan menaipkan apa yang dituturkan dalam bahasa asal sebelum menterjemahkannya kepada bahasa Inggeris. Sebuah pita mungkin mengandungi beberapa dialek tempatan seperti Mandarin, Hokkien, bahasa Kantonis, Teochew dan sebagainya. Kami akan mendapatkan beberapa orang penterjemah yang fasih dalam dialek-dialek tersebut untuk menghasilkan satu skrip bahasa Inggeris yang lengkap agar boleh digunakan oleh anda dengan serta-merta.

Kami boleh mengendalikan apa jua jenis fail audio dan video seperti CD, DVD, kaset video, MP3, MP4, mpeg atau wav serta pita kaset biasa. Jika format fail anda tidak disenaraikan di atas, sila hubungi kami untuk dapatkan bantuan.

Untuk fail-fail audio atau klip video yang bersaiz besar, anda boleh log masuk ke www.wetransfer.com dan muat naik fail anda melalui laman web tersebut. Selepas itu, hantar pautan yang berkaitan kepada kami.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.