Terjemahan Perniagaan

Terjemahan untuk Bidang Perniagaan yang kami tawarkan meliputi semua bidang yang tidak termasuk di dalam kategori-kategori yang dinyatakan di atas, iaitu Terjemahan untuk Bidang Kewangan, Terjemahan untuk Bidang Undang-undang, Terjemahan untuk Bidang Sains/Perubatan, dan Terjemahan untuk Bidang Teknikal. Terjemahan untuk Bidang Perniagaan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Pengiklanan
  • Perlindungan Alam Sekitar
  • Hotel dan Hospitaliti
  • Sumber Manusia
  • Insurans
  • Perdagangan Antarabangsa
  • Pelaburan
  • Pengurusan
  • Pemasaran
  • Media TV
  • Perhubungan Awam
  • Hartanah
  • Pelancongan

Kategori yang paling mencabarkan antara yang dinyatakan di atas adalah kategori pengiklanan. Untuk menarik perhatian pelanggan, kategori ini seringkali memerlukan terjemahan kreatif dan bukannya terjemahan harfiah atau terjemahan perkataan demi perkataan, Ini adalah kerana apabila satu iklan diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Cina atau bahasa yang lain, tidak kira betapa lancarnya terjemahan tersebut, hasilnya masih akan meninggalkan kesan-kesan terjemahan kerana kejanggalan penggunaan sesuatu perkataan atau ungkapan. Akibatnya, iklan itu akan menjadi tidak begitu menarik dan tidak dapat memikat hati pengguna berbanding dengan iklan yang ditulis dalam bahasa ibunda pengguna yang menjadi sasaran pasaran

Sepertimana terjemahan untuk bidang undang-undang, penterjemah-penterjemah dan sistem kami boleh menyakinkan anda tentang kemampuan kami menangani masalah yang disebut di atas dan menghasilkan karya terjemahan yang hebat dan mempunyai kualiti penerbitan.

Dokumen-dokumen yang kami kendalikan termasuk:-

  • Iklan
  • Dokumen Tawaran
  • Rancangan Perniagaan
  • Risalah Korporat
  • Program Persidangan
  • Risalah Pameran
  • Laporan Risiko/ Kesan kepada Alam Sekitar
  • Laporan Kajian Kemungkinan
  • Hotel dan Tempat Peranginan
  • Surat Kredit
  • Surat Jaminan
  • Bahan Pemasaran
  • Potongan Akhbar
  • Notis dan Surat Pekeliling
  • Usul-usul Projek
  • Borang Kajian dan Soal Selidik
  • Dokumen-dokumen Tender
  • Bahan Latihan

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.