Terjemahan Penerbangan/Perkapalan

Sebagai pusat penerbangan dan perkapalan di Asia Tenggara, terdapat banyak syarikat penerbangan dan perkapalan yang terkemuka di Singapura. Selaras dengan perkembangan ekonomi negara China yang bertambah pesat, semakin banyak syarikat yang cuba menerokai pasaran negara China dengan menggunakan Singapura sebagai ibu pejabat mereka di rantau Asia Tenggara. Ini telah mewujudkan permintaan yang tinggi untuk terjemahan pelbagai dokumen yang berkaitan dengan bidang penerbangan dan perkapalan. Kami bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini dengan menawarkan perkhidmatan terjemahan yang unggul kepada pelanggan kami.

Semua penterjemah kami untuk bidang ini adalah siswazah-siswazah dalam bidang penerbangan dan marin yang memegang ijazah-ijazah B.E, M.E atau Ph.D. Pendidikan sistematik yang diterima oleh mereka telah memberikan pengetahuan yang menyeluruh kepada mereka termasuk istilah-istilah khas dalam bidang penerbangan dan perkapalan dan telah melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk menterjemahkan dokumen-dokumen yang berkenaan. Hubungilah kami untuk perkhidmatan terjemahan yang berkualiti jika anda mempunyai dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bidang penerbangan dan perkapalan yang ingin diterjemahkan.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.