Kategori Terjemahan

Terjemahan merupakan sejenis seni yang luas dan mendalam yang sukar dikuasai. Memang mudah untuk menulis sebuah rencana yang indah tetapi amat sukar untuk menghasilkan sebuah karya terjemahan yang menarik dan unik. Penterjemah bukan sahaja harus memiliki kemahiran dwibahasa yang tinggi tetapi juga pengetahuan yang khusus dalam bidang yang berkaitan.

Raffles Translation hanya menggunakan penterjemah bahasa ibunda yang memiliki kelulusan profesional dalam bidang anda. Semua penterjemah kami hanya menterjemah kepada bahasa ibunda mereka. Mereka memahami istilah-istilah teknikal yang diterjemahkan dan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan terjemahan yang dapat memuaskan hati anda dengan sepenuhnya.

Terjemahan yang baik haruslah tepat, lancar dan bergaya. Apa yang diterjemahkan bukan sekadar bahasa tetapi termasuk juga budaya. Kami tidak menterjemahkan “perkataan” tetapi “idea”. Justeru, kami amat berhati-hati agar hasil terjemahan kami adalah lancar dan bukannya terjemahan secara harfiah atau terjemahan perkataan demi perkataan.

Projek yang kecil lazimnya akan melibatkan satu pasukan terjemahan yang terdiri daripada seorang penterjemah, seorang penyunting dan/atau pembaca pruf serta seorang pengurus kualiti manakala projek yang besar akan melibatkan satu atau beberapa pasukan terjemahan, seorang pengurus projek, seorang pakar IT dan/atau seorang pakar DTP sepertimana yang ditetapkan dalam Proses Kawalan Kualiti kami.

Perlu kami nyatakan bahawa kami berupaya untuk menyiapkan projek yang besar dan sukar dalam masa yang paling singkat. Inilah sebabnya Thales, MPRI, SingTel, Glencore, MF Global, PSA International, Singapore Technologies dan sebagainya mengganggap kami sebagai agensi terjemahan yang paling boleh dipercayai kerana mereka akan mendapat hasil terjemahan mereka tepat pada waktunya.

Secara keseluruhannya, tidak kira sama ada projek terjemahan anda adalah kecil atau besar, mudah atau rumit, kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan penuh dedikasi dan dengan ketekunan yang secukupnya.

Kami mengkhususkan bidang terjemahan kami kepada 8 kategori yang berikut termasuk:

  • Terjemahan untuk Bidang Kewangan
  • Terjemahan untuk Bidang Undang-undang
  • Terjemahan untuk Bidang Sains
  • Terjemahan untuk Bidang Teknikal
  • Terjemahan untuk Bidang Perniagaan
  • Terjemahan untuk Bidang Penerbangan/Perkapalan
  • Terjemahan untuk Bidang Kesusasteraan Cina
  • Terjemahan yang Diperakui

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma berkenaan dengan perkhidmatan terjemahan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.