Lokalisasi Laman Web

Berhubung dengan pasaran antarabangsa dan pelanggan yang berpotensi menerusi laman web pada zaman sekarang, adalah suatu perkara yang mudah sekali. Laman web anda adalah imej, rohani dan kekuatan anda! Biarkanlah kami melokalisasikan laman web anda bagi mendatangkan manfaat dan hasil yang lumayan kepada anda.

Lokalisasi laman web adalah suatu proses menterjemah dan mengadaptasikan laman web daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain untuk menjadikan laman web tersebut relevan dari segi linguistik dan budaya serta sesuai untuk digunakan oleh pengguna di pasaran tempatan yang tertentu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kewujudan faktor-faktor seperti penyesuaian budaya dan pengekodan “double-byte” untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea menyebabkan lokalisasi laman web tidak sekadar suatu proses penterjemahan bahasa.

Pasukan lokalisasi tempatan kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bagaimana satu laman web direka dan cara-cara untuk mengadaptasikan setiap komponen laman web (seperti bantuan dalam talian dan sebagainya). Justeru, kami bukan sahaja dapat menghasilkan laman web versi tempatan yang boleh berfungsi dengan sepenuhnya dan mempunyai kualiti bahasa yang sempurna seperti bahasa asal, malah dapat mengemaskinikan dan menguruskan projek lokalisasi anda dengan cekap.

Proses Kerja

Untuk melokalisasikan laman web anda, anda cuma perlu menghantar fail-fail asal atau memberikan akses laman web kepada kami untuk kami muat turun laman web anda dan menjalankan proses pengiraan bilangan perkataan. Selepas itu, kami akan menghantar butir-butir yang terperinci kepada anda bagi mendapatkan persetujuan anda berkenaan dengan kandungan yang akan diterjemahkan dan menghapuskan fail-fail yang tidak berkenaan.

  • HTML
  • XHTML
  • XML
  • Java dan JavaScript
  • FLASH
  • ColdlFusion
  • CSS
  • ASP
  • PHP

Selepas itu, pasukan lokalisasi kami akan mengendalikan fail-fail tersebut secara langsung dan memastikan laman web anda diterjemahkan dengan berkesan ke dalam bahasa yang digunakan di negara sasaran anda. Sebaik sahaja kerja kami selesai, kami akan menghantar laman web yang telah dilokalisasikan kepada anda untuk dimuat naik dan digunakan sebagai laman web tempatan.

Pada keseluruhannya, suatu laman web yang berbilang bahasa bukan sahaja akan menarik perhatian pelanggan baru di dalam pasaran yang sedang ditumpukan perhatian dan memeningkatkan jumlah pelawat laman web serta pendapatan syarikat, malah dapat mengukuhkan kedudukan anda sebagai pemain global di arena antarabangsa.

Dari tahun 2000 hingga 2017, kami telah menterjemahkan atau melokalisasikan lebih daripada lima ratus laman web,di mana beberapa laman web telah kami terjemahkan atau lokalisasikan baru-baru ini termasuk yang berikut:

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.