Soalan-soalan yang Kerap Ditanya

Ini adalah satu satu soalan yang baik! Raffles Translation, seperti namanya, ialah sebuah syarikat tempatan di Singapura yang memberikan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi bahasa-bahasa tempatan seperti Bahasa Melayu, Tamil, Cina serta Inggeris, iaitu bahasa ibunda Thomas Stamford Raffles, pengasas Singapura, dan bahasa-bahasa Eropah yang lain.

Anda mungkin tidak yakin bahawa pemilihan Raffles Translation ialah pilihan yang tepat. Walau bagaimanapun, anda tidak akan meragui keputusan anda jika anda mengetahui kelebihan kami seperti yang berikut:

Selain daripada mendapatkan tiga sebut harga untuk membuat bandingan, anda mungkin ingin membuat keputusan dengan mempertimbangkan kelebihan-kelebihan kami seperti berikut:

  • Kami amat responsif dan akan membalas pertanyaan anda dalam masa 10-30 minit dan 24/7 sepanjang tahun;
  • Kami tidak cuba menarik pelanggan dengan pensijilan ISO 9001 atau gimik-gimik yang lain. Sebaliknya, kami komited dengan sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan yang pragmatik kepada pelanggan dengan nilai-nilai tambah yang lain;
  • Kami bukan sahaja menyediakan perkhidamatan terjemahan tetapi juga perkhidamatan transkreasi yang lancar;
  • Kami menggunakan juru bahasa yang fasih dalam bahasa ibundanya dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang berkaitan;
  • Kami dapat menyelesaikan projek yang besar dan rumit dalam jangka masa yang paling pendek;
  • Kami menawarkan kadar bayaran yang paling berpatutan di Singapura seperti S0.05/perkataan atau $25/halaman untuk projek terjemahan yang besar.
  • Sebagai satu syarikat terjemahan tempatan, kami mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa dan budaya Singapura dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.
  • Kami dapat menawarkan harga, kualiti dan masa penyerahan yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat-syarikat yang lain.

Betul, kualiti ialah satu isu yang berterusan bagi setiap jenis perniagaan. Tiada perniagaan yang boleh bertahan lama jika hasil kerjanya tidak berkualiti, dan ini adalah sama untuk syarikat terjemahan. Di Raffles Translation, kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang mempunyai kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami dengan menggunakan juru bahasa yang mempunyai kepakaran khusus dalam subjek tersebut dan menjalankan proses kawalan kualiti yang ketat. Bagi menjamin kualiti perkhidmatan terjemahan, kami menyediakan sistem maklumat terjemahan berintegrasi yang menggabungkan Internet (carian Google), kemudahan perkakasan, perisian penterjemahan pakar, perisian pengurusan projek, pangkalan data perbendaharaan kata dan dan bahan yang luas, sistem ingatan terjemahan dan sistem komunikasi dengan pelanggan kami.

Objektif kami adalah untuk mencapai tahap “profesionalisme, ketepatan dan kesempurnaan” yang maksimum agar dapat memuaskan hati pelanggan kami dengan sepenuhnya.

Berkenaan dengan bagaimana kami dapat meneruskan perniagaan kami dengan tawaran harga yang terendah di Singapura, anda mungkin pernah mendengar pepatah, “keuntungan yang kecil dan penjualan yang baik”. Inilah sebabnya kami mempunyai bilangan pelanggan yang ramai dan setia. Ini tidak mungkin berlaku jika kualiti kami tidak dapat dipercayai!

Raffles Translation sentiasa memberi keutamaan kepada kerahsiaan. Komitmen kami dalam merahsiakan data pelanggan kami walaupun jika Perjanjian Kerahsiaan (NDA) tidak ditandatangani, telah membolehkan kami menjadi sebuah syarikat terjemahan yang dipercayai ramai termasuk oleh beberapa buah syarikat yang terkemuka di dunia, seperti IBM, Roche Singapore, Siemens Singapore, Aon Consulting, ST Electronics, MPRI, Eli-Lilly, SIA, INC Research, Nettlton Global, Walton International Group termasuk Pejabat Perdana Menteri Singapura, yang mempunyai dokumen yang amat sulit.

Untuk memastikan kesemua maklumat yang diterima daripada pelanggan kami dikendalikan secara sulit, kami menandatangani Perjanjian Kerahsiaan dengan semua penterjemah, penyunting, pembaca pruf dan sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada data kami. Selain itu, semua dokumen akan dikodkan sebelum diterjemahkan atau diproses oleh kakitangan kami. Mereka akan diberikan kata laluan sebelum mereka boleh mengakses fail-fail tersebut. Dengan cara ini, hanya orang yang berkenaan yang mempunyai akses kepada maklumat tersebut. Dokumen yang sangat sulit adalah dikendalikan oleh juru bahasa dan pakar dalam syarikat sahaja. Justeru, anda tidak perlu berasa bimbang untuk mengamanahkan data penting anda kepada kami. Apabila kami menugaskan pekerja kami di negara China untuk projek-projek tertentu, mereka turut akan merahsiakan fail-fail tersebut mengikut Perjanjian Kerahsiaan standard yang telah kami tandatangani dengan mereka. Tiada sebarang kemungkinan bahawa maklumat tersebut akan didedahkan kepada pihak ketiga.

Jika anda berasa tidak yakin dengan janji kami, kami sedia menandatangani perjanjian kerahsiaan dengan anda. Sila klik untuk Muat Turun Perjanjian Kerahsiaan standard kami, isikan nama syarikat anda, tarikh dan tandatangannya dalam dua salinan, imbas dengan mesin imbas dan kemudiannya, hantar kedua-dua salinan tersebut kepada kami. Sebaik sahaja kami menerima salinan-salinan tersebut, kami akan menandatanganinnya dengan segera dan mengembalikan satu salinan kepada anda melalui emel diikuti dengan satu salinan asal melalui pos.

Hubungan jangka panjang adalah bermanfaat dan mewujudkan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak.  Di bawah program pelanggan setia kami, kami menawarkan pelanggan jangka panjang kami yang dihargai manfaat-manfaat seperti berikut: (1) Diskaun tambahan sebanyak 5%; (2) Perkembangan satu penyelesaian khusus dengan menubuhkan pangkalan data istilah dan maklumat; (3) Memberikan keutamaan kepada pelanggan-pelanggan ini dengan menugaskan juru bahasa dan kakitangan teknikal yang khusus kepada mereka supaya kualiti dan kepantasan penterjemahan sentiasa terjamin.

Ya, sudah tentu. Kami telah memberikan perkhidmatan terjemahan yang diperakui untuk lebih daripada dua puluh tahun dengan kerjasama Mahkamah Tinggi Singapura yang telah berhenti memberikan perkhidmatan ini sejak bulan Januari 2016 akibat kerugian yang dialami setiap hari. Mahkamah Tinggi Singapura sekarang mendapatkan perkhidmatan terjemahan daripada syarikat persendirian atau pejabat kedutaan.  Untuk menghasilkan satu salinan terjemahan  yang diperakui, kami perlu mengesahkan ketepatan Bahasa Inggeris yang diterjemahkan daripada bahasa asal, dan menandatangani dan meletakkan “Cap Rasmi untuk Kegunaan Khas Terjemahan yang Diperakui”. Terjemahan ini kemudiannya akan diterima oleh badan-badan kerajaan tempatan dan mahkamah.

Perlu dinyatakan bahawa bermula dari bulan Januari 2016, semua sijil bahasa asing yang akan diserahkan kepada ICA haruslah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, disahkan dan disahkan oleh notari awam jika sijil-sijil tersebut akan digunakan untuk membuat permohonan Penduduk Tetap dan Kewarganegaraan.

Tidak. Notarisasi hanya boleh dilakukan oleh notari awam yang biasanya merupakan seorang peguam yang telah berkhidmat dalam bidang undang-undang untuk sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun. Kadang kala, mahkamah memerlukan afidavit ditandatangani oleh penterjemah di hadapan seorang pesuruhjya sumpah. Dalam kes-kes sebegini, kami akan meminta penterjemah/pembaca pruf kami untuk mengangkat sumpah di hadapan notari awam bahawa mereka telah melakukan terjemahan tersebut dengan tepat berdasarkan pengetahuan mereka. Notari awam kemudiannya akan meletakkan capnya pada salinan asal terjemahan tersebut.

Lazimnya, kami dapat menyelesaikan satu dokumen yang mempunyai 10 muka surat (kira-kira 5000 perkataan) dalam masa 3 hari bekerja dan 5 hari bekerja untuk satu dokumen yang mempunyai 30 muka surat (kira-kira 14,000 perkataan). Kami menyediakan perkhidmatan 24 jam dengan harga 30-50% lebih tinggi daripada harga biasa. Menyelesaikan projek terjemahan yang besar dan rumit adalah suatu tugasan yang sangat mencabar. Namun begitu, ini bukanlah satu masalah untuk kami kerana kami mempunyai penterjemah profesional yang berpengalaman, cekap dan yang dapat menyelesaikan tugas tepat pada masanya.

Kami biasanya mengenakan bayaran mengikut bilangan perkataan, kecuali jika teks yang ingin diterjemahkan adalah sangat pendek. Pengiraan bilangan perkataan adalah berdasarkan Word Count, satu fungsi di dalam Microsoft Word (Klik “Tools”, dan kemudian “Word Count”). Jika anda mempunyai salinan elektronik dokumen yang ingin diterjemahkan, anda boleh membuat pengiraan secara sendiri. Jika anda tidak mempunyai salinan elektronik, bilangan perkataan yang ingin diterjemahkan cuma boleh dianggar atau dikira secara insani, di mana cara yang paling mudah ialah: bilangan baris x bilangan perkataan perkataan pada setiap baris x bilangan muka surat = bilangan perkataan yang akan diterjemahkan. Anda juga boleh menghantar dokumen anda kepada kami melalui emel untuk mendapat anggaran percuma bilangan perkataan.

Kami juga boleh mengira mengikut bilangan muka surat jika pelanggan lebih suka cara sebut harga tersebut.

Ya. Kami mempunyai ramai penterjemah yang bertauliah dalam pelbagai bahasa yang berada di Singapura. Kecekapan bahasa dan pengetahuan industri mereka biasanya mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh yang demikian, kami tidak perlu memberi subkontrak kepada penterjemah bebas atau penterjemah di luar negara, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat pesaing kami. Hanya jika terdapat keperluan untuk memberikan perkhidmatan khas kepada pelanggan kami yang tidak boleh didapati secara tempatan akan kami dapatkan bantuan daripada penterjemah luar yang ada di dalam pangkalan data kami. Walaupun kami memberikan projek kepada penterjemah di negara-negara lain, kami tidak hilang kawalan atau mengorbankan kualiti. Pejabat Singapura kami akan menjalankan proses kawalan kualiti terakhir sebelum sesuatu tugasan dihantar kepada pelanggan kami. Oleh itu, walaupun sesuatu tugasan diproses di luar negara, anda tidak perlu bimbang tentang kualiti terjemahan..

Tidak. Kami akan mengambil semua langkah untuk memastikan terjemahan tersebut adalah betul, tepat dan memuaskan. Walaupun begitu, hasil terjemahan yang terakhir boleh diperbetulkan oleh pelanggan. Ini bukan sahaja menunjukkan keyakinan kami terhadap hasil terjemahan kami, tetapi juga komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang unggul kepada anda. Sungguhpun begitu, pelanggan-pelanggan kami jarang membuat permintaan untuk pembetulan kerana proses kawalan kualiti kami amat ketat. Sekiranya terdapat pembetulan, ia cuma untuk pembetulan yang kecil. Jarang terdapat kes di mana sesuatu tugasan diperbetulkan lebih daripada dua kali oleh pelanggan kami.

Tidak, kami tidak pernah berbuat demikian. Terjemahan oleh mesin mengandungi banyak kesilapan dan tidak dapat mencapai tahap yang diperlukan untuk pembacaan normal kerana perisian komputer, tidak kira berapa canggih, tidak dapat mengatasi pengetahuan luas yang dinamik dan pengalaman yang dimiliki oleh penterjemah profesional kami. Selain itu, terjemahan mesin memerlukan kerja penyuntingan dan bacaan pruf yang sangat banyak. Ia lebih memakan masa berbanding dengan terjemahan oleh manusia jika ketekalan isi kandungan dipertimbangkan. Oleh yang demikian, kami hanya menggunakan tenaga manusia untuk melakukan terjemahan, walaupun kerja kami kadang-kala akan dibantu dengan Alatan Ingatan seperti Trados dan Wordfast untuk memastikan ketekalan istilah.