Terjemahan Undang-undang

Terjemahan undang-undang adalah salah satu kategori terjemahan yang paling rumit. Bukan semua orang yang mempunyai kemahiran dwibahasa berupaya membuat terjemahan undang-undang. Hanya penterjemah profesional yang mempunyai pengetahuan undang-undang boleh menghasilkan terjemahan yang berkualiti.

Adalah amat penting untuk memastikan terjemahan undang-undang dibuat dengan tepat. Jika tidak, ia akan mendatangkan kesan-kesan buruk yang sukar ditanggung. Sebarang ketidaktepatan atau ambiguiti dalam terjemahan undang-undang akan mengakibatkan kekeliruan, kebengangan, kelewatan, malah menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat anda.

Raffles Translation memberikan perkhidmatan terjemahan undang-undang yang diperakui dalam pelbagai bahasa untuk pelbagai jenis dokumen undang-undang. Bagi memastikan kualiti terjemahan, kami hanya menggaji penterjemah yang memegang ijazah LL.B, LL.M dan LL.D (J.D). Sementara itu, kami turut melatih penterjemah sepenuh masa dalam syarikat kami yang mempunyai lebih daripada lima tahun pengalaman agar menjadi penterjemah undang-undang yang profesional. Kursus undang-undang yang asas seperti Teori Asas Undang-undang, Undang-undang Kontrak, Undang-undang Syarikat, Tort dan sebagainya akan diberikan.

Semua penterjemah undang-undang kami fasih dalam bahasa undang-undang, konsep-konsep dan prinsip-prinsip undang-undang dan memahami implikasi-implikasi hubungan undang-undang. (legal nexus)

Keutamaan Kami

Keutamaan diberikan kepada KETEPATAN dan KELANCARAN terjemahan dan penyuntingan dokumen undang-undang agar kehendak, janji-janji dan syarat-syarat perjanjian dapat disampaikan dengan betul. Selain itu, terjemahan undang-undang yang ditulis dengan jelas, mudah difahami dan bersopan santun boleh menenangkan hati dan jiwa.

Terjemahan Profesional Bukanlah Suatu Perlonggokkan Ayat

Ingin kami tegaskan tentang kekuatan kami dalam terjemahan undang-undang daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina atau daripada Bahasa Cina kepada Bahasa Inggeris. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang undang-undang awam dan undang-undang sivil, terutama sekali sistem undang-undang Negara China. Sejak syarikat kami ditubuhkan pada tahun 1996, kami telah menterjemahkan berjuta-juta perkataan bagi teks undang-undang sama ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Cina atau daripada bahasa Cina kepada bahasa Inggeris. Salah satu cabaran yang dihadapi semasa menterjemahkan dokumen undang-undang daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina adalah untuk memahami nuansa istilah dan ungkapan undang-undang dan mengulangi serta menyusun semula istilah dan ungkapan tersebut dengan betul mengikut susunan tatabahasa Cina. Proses ini bertambah rumit apabila ayat dan perenggan dalam bahasa Inggeris adalah panjang dan melebihi 20 barisan untuk SATU ayat.

Kerumitan dalam Terjemahan Bahasa Cina Tradisional Taiwan kepada Bahasa Inggeris

Adalah lebih rumit untuk membuat terjemahan undang-undang daripada bahasa Cina Tradisional Taiwan kepada bahasa Inggeris kerana teks undang-undang Taiwan lazimnya ditulis dengan cara yang sama dengan bahasa Cina kuno. Bahasa Cina Tradisional Taiwan menggabungkan terma-terma yang terlampau teliti dengan dialek tempatan Taiwan yang wujud akibat perpisahan dengan Negara China selama lebih daripada 60 tahun. Ini menyebabkan ayat-ayat tersebut nampak kompleks dan sukar untuk difahami. Kadangkala, selepas selesai membaca satu ayat yang panjang lebar dalam bahasa Cina Tradisional Taiwan, anda mungkin tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan kerana adalah sukar untuk mengenalpasti yang manakah subjek, predikat, objek dan sebagainya dalam ayat tersebut.

Walaupun begitu, penterjemah-penterjemah dan sistem kami boleh menyakinkan anda kerana kami mampu menangani masalah dan cabaran yang dinyatakan di atas dengan mudah dan cekap serta menghasilkan terjemahan yang mempunyai kualiti penerbitan. Percayalah pada kami!

Perkhidmatan Tambahan

Kami juga boleh memperakui terjemahan undang-undang anda tanpa bayaran tambahan. Ini bermaksud kami akan memeterai dokumen undang-undang anda selepas dokumen tersebut telah disemak dan diperiksa oleh anda. Selain itu, kami juga boleh membantu anda mendapatkan pengesahan oleh notari awam atau pesuruhjaya untuk dokumen undang-undang anda jika diperlukan oleh sesetengah pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan. Bagi perkhidmatan notari awam, kami akan mengenakan bayaran perkhidmatan.

Dokumen undang-undang yang kami biasa kendalikan termasuk:

  • Afidavit
  • Pengurniaan Timbang Tara
  • Artikel Persatuan
  • Undang-undang Kecil
  • Pengisytiharan Hakmilik
  • Keputusan Mahkamah
  • Perjanjian dan Kontrak Usahasama
  • Undang-undang, Peraturan, Akta dan Kaedah
  • Surat Hasrat
  • Perjanjian Pinjaman
  • Perjanjian Gadaian
  • Memorandum Persatuan
  • Memorandum Persefahaman
  • Paten
  • Surat Kuasa
  • Kontrak Jual Beli
  • Perjanjian Penyewaan
  • Bukti Keterangan dan Bahan Perbicaraan yang lain
  • Permohonan Tanda Dagang
  • Wasiat

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.