Bacaan Pruf

Bacaan pruf bermakna memeriksa teks yang telah diterjemahkan dengan teks asal untuk memastikan tiada kesilapan ejaan, kesilapan tatabahasa, perkataan dan ungkapan yang lupa diterjemahkan atau penggunaan perkataan atau ungkapan yang tidak bersesuaian. Selain itu, bacaan pruf juga melibatkan penyemakan gaya dan kekonsistenan glosari terjemahan. Penterjemah perlu memberikan ulasan atau cadangan untuk memperbaiki teks tersebut dan menyeragamkan penggunaan istilah

Suatu terjemahan yang berkualiti mestilah dibaca pruf. Ini adalah penting kerana seseorang penterjemah mungkin tidak dapat mengenalpasti kesilapan sendiri dan memerlukan orang lain yang tidak pernah melihat dokumen tersebut untuk membuat semakan. Ini adalah penting terutama sekali untuk teks yang akan diterbitkan. Adalah terlambat jika kesilapan hanya ditemui sejurus sebelum teks tersebut dihantar untuk pencetakan

Sebagai salah satu Proses Kawalan Kualiti kami, bacaan pruf memainkan peranan yang penting dalam memastikan terjemahan yang dihasilkan dalam syarikat kami adalah sentiasa bebas daripada kesilapan. Bacaan pruf oleh Raffles Translation akan dilaksanakan oleh dua pembaca pruf yang berpengalaman dan bertauliah dengan menggunakan pangkalan data istilah yang dirumus khas, panduan gaya terjemahan dan proses-proses lain yang teliti. Pembaca pruf yang pertama bertanggungjawab untuk memastikan makna bahasa sasaran adalah sama dengan makna bahasa asal manakala pembaca pruf yang kedua bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan perkataan dan gaya penulisan yang betul dan konsisten. Proses-proses ini bukan sahaja dapat memastikan terjemahan yang lancar tetapi juga terjemahan yang bebas daripada kesilapan.

Selain daripada membaca pruf dokumen yang telah diterjemahkan oleh syarikat kami, kami turut memberikan perkhidmatan bacaan pruf untuk dokumen-dokumen pelanggan yang telah diterjemahkan oleh agensi terjemahan yang lain tetapi hasil terjemahan tersebut adalah kurang memuaskan. Ini biasanya berlaku kepada terjemahan dokumen undang-undang atau dokumen kewangan kerana agensi terjemahan yang lain mungkin tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menghasilkan terjemahan yang berkualiti.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.