Terjemahan Kewangan

Perkhidmatan Raffles Translation dalam terjemahan kewangan dikenali ramai kerana ia adalah tepat, pantas, mempunyai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dan boleh menghasilkan terjemahan yang berkualiti dengan kadar bayaran yang berpatutan. Ketepatan terjemahan untuk bidang kewangan adalah lebih penting berbanding dengan terjemahan untuk bidang-bidang yang lain kerana terjemahan yang kurang tepat mungkin mendatangkan kesan negatif kepada pendapatan seseorang pelanggan.

Pelanggan lazimnya berasa was-was tentang keupayaan sesebuah agen terjemahan untuk menterjemah dokumen-dokumen kewangan seperti penyata kewangan, laporan dana, prospektus, dan sebagainya, kerana bidang kewangan adalah satu bidang yang sangat khusus dan sukar difahami. Hanya segelintir penterjemah yang mampu menghasilkan terjemahan yang dapat memuaskan hati pelanggan. Pelanggan kerapkali meminta agensi terjemahan untuk membuat terjemahan percubaan sebelum membuat keputusan untuk menawarkan kerja terjemahan kepada agensi terjemahan. Ini merupakan indikasi yang terbaik tentang kerisauan pelanggan terhadap hasil terjemahan.

Raffles Translation telah bekerjasama dengan bank-bank, institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat perakaunan dan institusi-institusi pengurusan aset selama hampir 20 tahun  dan merupakan salah satu agensi yang paling terkemuka di Singapura dalam memberikan perkhidmatan terjemahan untuk bidang kewangan kepada kedua-dua institusi kewangan dan institusi bukan kewangan. Kami mempunyai ramai penterjemah yang pakar dalam bidang perakaunan, ekonomi, kewangan, MBA dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Oleh itu, kami berupaya  menawarkan perkhidmatan yang paling komprehensif dalam industri ini kepada pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan untuk menterjemah dokumen-dokumen kewangan dan perakaunan dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Memandangkan suatu terjemahan kewangan yang tidak memuaskan akan menjejaskan kedudukan kewangan anda, sila ingat bahawa anda bukan sahaja memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan untuk menterjemahkan dokumen-dokumen anda, tetapi juga penyunting yang turut pakar dalam bidang kewangan untuk melakukan penyuntingan dengan cekap.

Dokumen-dokumen kewangan yang biasa kami kendalikan termasuk:-

  • Buku-buku Perakaunan
  • Undang-undang dan Peraturan Perakaunan
  • Laporan Tahunan
  • Laporan Penilaian Aset
  • Laporan Audit
  • Perakaunan Kewangan
  • Produk Kewangan
  • Penyata Kewangan
  • Risalah Fakta Dana
  • Penggabungan dan Pengambilalihan
  • Laporan Dana Bulanan
  • Laporan Tuntutan Insurans
  • Polisi Insurans
  • Ulasan Pelaburan
  • Kemas kini Pelabur
  • Iklan IPO
  • Prospektus IPO

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.