Terjemahan Sains/Perubatan

Sebelum sesuatu ubat atau alat perubatan yang baru dapat dilancarkan dengan jayanya bagi merawat penyakit yang kronik seperti barah, diabetes, strok, serangan jantung, demensia, penyakit pulmonari sumbatan kronik (COPD) dan sebagainya, syarikat-syarikat farmaseutikal perlu menjalani ujian ke atas pesakit/subjek melalui pertubuhan penyelidikan kontrak (CRO) untuk memastikan kesan-kesan perubatan dan kesan-kesan sampingannya. Oleh kerana ujian tersebut mungkin dijalankan di banyak negara, maka syarikat-syarikat farmaseutikal dan CRO akan mendapatkan perkhidmatan yang cekap dalam validasi linguistik dan penterjemahan ujian kllinikal agar dokumen-dokumen kajian menjadi lebih sesuai dari segi budaya, tepat dengan konsep asal dan boleh diterima dengan mudah oleh pengguna sasaran.

Dengan adanya pakar-pakar dwibahasa dalam perkhidmatan validasi linguistik dan terjemahan ujian klinikal, sejak tahun 2000, Raffles Translation telah bekerjasama dengan beberapa syarikat farmaseutikal dan CRO untuk membuat terjemahan dokumen-dokumen farmaseutikal/ujian klinikal berdasarkan peraturan antarabangsa daripada bahasa Inggeris kepada semua bahasa Asia yang utama termasuk Bahasa Cina Ringkas, Bahasa Cina Tradisional, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Tamil, Bahasa Tagalog, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, Bahasa Korea, Bahasa Bengali dan sebagainya.

Dokumen-dokumen sains yang biasa kami kendalikan termasuk:

  • Borang Laporan Kes (CRF)
  • Maklumat Pampasan
  • Sisip Bungkusan Ubat
  • Borang Persetujuan Termaklum
  • Siasatan Aplikasi Ubat Baru (INDA)
  • Rencana Jurnal
  • Label
  • Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS)
  • Panduan Arahan Penggunaan Peralatan Perubatan
  • Aplikasi Ubat Baru (NDA)
  • Soal Selidik Keputusan Pesakit yang Dilaporkan (PRO)
  • Laporan Penyelidikan
  • Protokol Kajian
  • Diari Subjek
  • Nota Kesimpulan
  • Prosedur Operasi Standard untuk Syarikat Farmaseutikal (SOP)
  • Laporan Ujian
  • Dokumen-dokumen berkenaan yang lain.

Selepas disunting, dibaca pruf dan disemak, semua terjemahan akan diperakui oleh Raffles Translation bahawa terjemahan tersebut adalah benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan kami. Pengesahan turut boleh dilakukan oleh penterjemah itu sendiri dengan menandatangani sijil terjemahan yang dikeluarkan oleh pelanggan untuk mengesahkan bahawa dia telah menterjemahkan dokumen tersebut dengan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya.

Selain daripada bahan-bahan farmaseutikal/ujian klinikal, kami turut menterjemahkan risalah-risalah perubatan, brosur kesihatan, maklumat pesakit, risalah pencegahan penyakit dan sebagainya untuk beberapa institusi perubatan tempatan dan hospital, termasuk Pusat Kulit Negara, Hospital Integrasi Changi, Institut Kesihatan Mental, Hospital Mt. Alvenia, Hospital Tan Hock Seng, Pertubuhan Kesihatan Negara dan sebagainya

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.