Terjemahan yang diperakui atau yang disahkan bermaksud terjemahan yang telah diperakui oleh syarikat terjemahan seperti Raffles Translation atau terjemahan yang telah disahkan oleh notari awam untuk diserahkan kepada pihak berkuasa bagi memenuhi keperluan undang-undang atau imigresen. Perbezaan antara terjemahan yang diperakui dan terjemahan yang disahkan adalah terjemahan yang diperakui ditandatangani dan dimeterai oleh syarikat terjemahan manakala terjemahan yang disahkan ditandatangani dan dimeterai oleh notari awam. Syarikat terjemahan tidak boleh mengesahkan dokumen-dokumen yang telah diterjemahkan. Hanya firma undang-undang yang menyediakan perkhidmatan notari awam boleh mengesahkan dokumen-dokumen yang telah diterjemahkan. Jika firma undang-undang turut memberikan perkhidmatan terjemahan, maka firma tersebut boleh membekalkan kedua-dua terjemahan yang diperakui dan terjemahan yang disahkan.
Bermula dari Januari 2016, semua dokumen yang telah diterjemahkan dan diperakui untuk diserahkan kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hendaklah disahkan oleh notari awam di Singapura sekiranya dokumen tersebut akan digunakan untuk memohon sebagai Penduduk Tetap atau kewarganegaraan Singapura. Ini adalah untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Terjemahan Mahkamah Tinggi (sekarang dinamakan sebagai Mahkamah Negara). Namun demikian, dokumen hanya perlu diperakui jika dokumen tersebut akan diserahkan kepada pihak-pihak berkuasa yang lain seperti MOM, MOE, LTA, ACRA, Polis Trafik, Mahkamah Negara atau pejabat kedutaan.
Sebagai sebuah agensi terjemahan terkemuka yang telah bekerjasama dengan Jabatan Terjemahan Mahkamah Tinggi Singapura selama 20 tahun, kedudukan kami adalah amat unik kerana kami boleh memperakui dokumen yang telah kami terjemahkan. Menerusi beberapa teknik untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan, kami mengikuti piawai terjemahan dan memastikan terjemahan dilaksanakan dengan tepat dari aspek undang-undang dan sesuai untuk tujuan kegunaannya. Setelah satu dokumen telah diterjemahkan dan diperakui oleh Raffles Translation dengan menggunakan meterai “Terjemahan yang Diperakui” serta ditandatangani oleh penterjemah yang bertanggungjawab, maka dokumen tersebut akan diterima sebagai dokumen yang sah oleh kerajaan Singapura, organisasi kerajaan atau organisasi bukan kerajaan seperti pejabat kedutaan, universiti, syarikat insurans, mahkamah dan sebagainya
Selain itu, kami senantiasa memastikan bahawa Proses Kawalan Kualiti diikuti dengan sepenuhnya. Semua terjemahan akan disunting dan dibaca pruf oleh penterjemah yang kedua dan ketiga serta diperiksa oleh Pengurus Kualiti sebelum diperakui oleh Raffles Translation.
Perkhidmatan Setempat
Selain daripada memberikan perkhidmatan terjemahan untuk tujuan umum, kami turut memberikan perkhidmatan setempat, iaitu, menterjemah, memperakui dan mengesahkan dokumen-dokumen yang akan diserahkan kepada ICA di bawah satu bumbung. Malahan, kami juga boleh menghantar secara kurier dokumen yang telah siap diterjemahkan kepada pelanggan yang tidak dapat meluangkan masa untuk pergi ke firma undang-undang atau pelanggan yang berasa leceh untuk menjalani formaliti-formaliti bagi mengesahkan terjemahan yang diperakui. Secara ringkasnya, anda akan mendapat perkhidmatan terbaik yang anda layak terima berdasarkan kadar bayaran yang dibuat.
Dokumen-dokumen yang biasa kami kendalikan termasuk:
- Surat Akuan Anak Angkat
- Afidavit
- Perjanjian
- Sijil Beranak/Perkahwinan/Penceraian/Kematian
- Dokumen-dokumen Kastam
- Sijil Diploma, Dokumen-dokumen Sekolah, Sijil Sarjana
- Sijil Pengijazahan
- Kad Pengenalan
- Dokumen-dokumen Imigresen dan Naturalisasi
- Lesen
- Sijil Perubatan/Kemasukan Hospital
- Pasport
- Buku Panduan Penduduk Tetap
- Laporan Polis
- Surat Kuasa
- Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan hakmilik dan Perjanjian Hartanah
- Surat Pengesyoran
- Rekod Bayaran Cukai
- Pendaftaran Tanda Dagang
- Invois VAT
- Baucer untuk Pindahan Telegrafik
Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.