Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player



FAQs

Q1. Mengapakah kami harus memilih Raffles Translation? Apakah kelebihan anda berbanding dengan syarikat-syarikat lain?
Q2. Sejauh yang saya tahu, Raffles Translation menawarkan harga yang paling berpatutan di Singapura. Oleh kerana harga anda begitu rendah, adakah kualiti anda boleh dipercayai? Bagaimanakah anda memastikan kualiti anda?
Q3. Dokumen kami amat sulit. Bagaimanakah kami boleh pastikan yang anda tidak akan mendedahkannya kepada pihak ketiga?
Q4. Apakah manfaat yang kami dapat sekiranya kami menjadi pelanggan setia jangka panjang anda?
Q5. Adakah anda boleh menghasilkan penterjemahan benar yang diperakui bagi penyerahan kepada agensi-agensi pemerintah tempatan atau mahkamah?
Q6. Do you provide notarization for translation done by your company?
Q7. Adakah anda memberikan notarisasi bagi penterjemahan yang telah dilakukan oleh syarikat anda?
Q8. Adakah anda mengenakan bayaran mengikut bilangan perkataan atau bilangan muka surat? Bagaimanakah anda mengira bilangan perkataan?
Q9. Adakah penterjemahan anda dibuat di Singapura?
Q10. Adakah anda mengenakan bayaran tambahan jika kami ingin membuat pembetulan pada penterjemahan tersebut?
Q11. Adakah anda menggunakan perisian komputer untuk melakukan penterjemahan?
Q1. Mengapakah kami harus memilih Raffles Translation? Apakah kelebihan anda berbanding dengan syarikat-syarikat lain?

A1.

Itu satu soalan yang baik! Raffles Translation, seperti namanya, ialah sebuah syarikat tempatan di Singapura yang bertumpu terhadap penterjemahan dan pentafsiran bahasa-bahasa tempatan seperti Bahasa Melayu, Tamil, Cina serta Inggeris, bahasa ibunda Thomas Stamford Raffles, pengasas Singapura, dan bahasa-bahasa Eropah yang lain.

Anda mungkin tidak yakin bahawa pemilihan Raffles Translation ialah pilihan yang tepat. Walau bagaimanapun, anda tidak akan meragui keputusan anda jika anda mengetahui kelebihan kami seperti yang berikut:

Sementara mendapatkan tiga sebut harga untuk dibandingkan, anda mungkin ingin membuat keputusan dengan mempertimbangkan kelebihan kami seperti berikut:

1. Kami menyediakan penterjemahan dan lokalisasi yang tepat dan lancar dalam pelbagai bahasa;
2. Kami menumpu pada penterjemahan teknikal, kewangan, guaman dan sains kehidupan;
3. Kami menyediakan perkhidmatan penterjemahan serentak dan berturut-turut yang profesional;
4. Kami boleh menyiapkan projek besar di dalam waktu yang paling pendek;
5. Kami menjalankan proses kawalan kualiti yang ketat dalam syarikat;
6. Kami menawarkan kadar yang paling berpatutan dan berkemampuan di Singapura.

< Kembali ke atas >
Q2. Sejauh yang saya tahu, Raffles Translation menawarkan harga yang paling berpatutan di Singapura. Oleh kerana harga anda begitu rendah, adakwah kualiti anda boleh dipercayai? Bagaimanakah anda memastikan kualiti anda?

A2.

Betul, kualiti ialah satu isu yang berterusan bagi setiap jenis perniagaan. Tiada perniagaan yang boleh bertahan lama tanpa kualiti, dan begitu juga benar bagi penterjemahan. Di Raffles Translation, kami komited dalam memberikan perkhidmatan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami dengan mengambil juru bahasa yang mempunyai kepakaran khusus dalam subjek tersebut dan menjalankan suatu proses kawalan kualiti yang ketat. Tambahan pula, kami telah menyediakan sistem maklumat penterjemahan berintegrasi dari kombinasi Internet (carian Google), kemudahan perkakasan, perisian penterjemahan pakar, perisian pengurusan projek, pangkalan data perbendaharaan kata dan bahan yang luas, dan sistem ingatan penterjemahan serta sistem komunikasi dengan pelanggan kami, dengan itu sekaligus menjamin kualiti perkhidmatan penterjemahan kami.

Objektif kami ialah untuk mencapai “profesionalisme, ketepatan dan kesempurnaan” maksimum hingga ke tahap kepuasan pelanggan kami.

Tentang bagaimana kami dapat bertahan dengan harga terendah di Singapura, anda mungkin pernah mendengar pepatah, “keuntungan yang kecil dan penjualan yang baik”. Itulah sebabnya kami mempunyai bilangan pelanggan yang ramai dan setia. Ini tidak mungkin berlaku jika kualiti kami tidak dapat dipercayai!

< Kembali ke atas >
Q3. Dokumen kami amat sulit. Bagaimanakah kami boleh pastikan yang anda tidak akan mendedahkannya kepada pihak ketiga?

A3.

Di Raffles Translation, kami sentiasa memberi keutamaan kepada kerahsiaan. Sejak bertahun-tahun, komitmen kami terhadap menyimpan semua data pelanggan kami dengan sulit, walaupun tanpa menandatangani Perjanjian Tiada Pendedahan (NDA) dengan mereka, telah mendapatkan kepercayaan dari beberapa buah syarikat paling dikenali di dunia, seperti IBM, Roche Singapore, Siemens Singapore, Aon Consulting, ST Electronics, MPRI, Eli-Lilly, SIA, INC Research, Nettlton Global, Walton International Group, dll. termasuk Pejabat Perdana Menteri Singapura, yang mempunyai dokumen yang amat sulit.

Untuk memastikan kesemua maklumat yang diterima daripada pelanggan dikendalikan secara sulit, kami mempunyai Perjanjian Tiada Pendedahan yang ditandatangani oleh semua penterjemah, penyunting, pembaca pruf dan sesiapa yang mempunyai akses kepada data kami. Tambahan pula. semua dokumen dikodkan sebelum diterjemahkan atau diproses oleh kakitangan kami, yang diberikan kata kunci untuk mengakses fail-fail tersebut. Dengan cara ini, hanya orang yang berkenaan mempunyai akses kepada maklumat tersebut. Dokumen yang sangat sulit adalah dikendalikan oleh juru bahasa dan pakar dalam syarikat sahaja, jadi sila jangan khuatir untuk mengamanahkan kami dengan data penting anda. Walaupun bila kami menugaskan projek kepada pekerja kami yang bertapak di Negara Cina, fail-fail tersebut disimpan oleh mereka sendiri sahaja di bawah NDA standard yang telah kami tandatangani dengan mereka, dan tidak mungkin bagi maklumat tersebut untuk didedahkan kepada pihak ketiga.

Jika anda rasa yang janji kami tidak mencukupi dengan sendirinya, kami sanggup menandatangani perjanjian di atas kertas. Cuma klik untuk Muat Turun NDA standard kami, isikan nama syarikat anda, tarikh dan tandatangannya dalam dua salinan, kemudian imbas dan hantarkan kedua-dua salinannya kepada kami. Kami akan, sebaik sahaja kami menerimanya, tandatangannya dengan segera dan mengembalikan satu salinan kepada anda melalui emel diikuti dengan salinan asal melalui penyuratan.

< Kembali ke atas >
Q4. Apakah manfaat yang kami dapat jika kami menjadi pelanggan setia jangka panjang anda?

A4.

Perkongsian jangka panjang bermanfaat bagi kedua-dua pihak dari satu segi iaitu ia mewujudkan satu situasi yang menguntungkan bagi kedua pihak. Di bawah program pelanggan setia jangka panjang kami, kami menawarkan pelanggan jangka panjang kami yang dihargai manfaat-manfaat seperti berikut: (1) Diskaun tambahan sebanyak 5%; (2) Perkembangan satu penyelesaian khusus dengan menubuhkan pangkalan data istilah dan maklumat; (3) Memberikan keutamaan kepada pelanggan-pelanggan ini dengan menugaskan juru bahasa dan kakitangan teknikal yang khusus kepada mereka supaya kualiti dan kepantasan penterjemahan sentiasa dipastikan.

< Kembali ke atas >
Q5. Adakah anda boleh menghasilkan penterjemahan benar yang diperakui bagi penyerahan kepada agensi-agensi pemerintah tempatan atau mahkamah?

A5.

Ya, sudah tentu. Kami telah melakukan penterjemahan yang diperakui untuk lebih dari sepuluh tahun di Singapura. Untuk menghasilkan satu salinan penterjemahan benar yang diperakui, kami perlu sahkan ketepatan Bahasa Inggeris yang diterjemahkan dari bahasa asal, dan menandatangan dan meletakkan “Cap Rasmi untuk Kegunaan Khas Penterjemahan yang Diperakui”. Penterjemahan seperti ini kemudian akan diterima oleh badan-badan pemerintahan tempatan dan mahkamah.

Jika anda fasih dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda anda, anda boleh melakukan penterjemahan itu sendiri dan membiarkan kami menjamin isi kandungannya, di mana kami hanya akan mengenakan anda bayaran bagi pengesahan dan perakuan.

< Kembali ke atas >
Q6. Adakah anda memberikan notarisasi bagi penterjemahan yang telah dilakukan oleh syarikat anda?

A6.

Tidak. Notarisasi hanya boleh dilakukan oleh notari awam, yang biasanya merupakan seorang peguam yang telah bekerja dalam bidang undang-undang untuk sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun. Jika anda memerlukan penterjemahan yang diperakui dinotarisasikan, kami boleh meminta penterjemah/pembaca pruf kami untuk mengangkat sumpah di hadapan notari awam bahawa beliau adalah orang yang melakukan penterjemahan tersebut dengan tepat setahu mereka. Notari awam kemudiannya akan meletakkan capnya pada salinan asal penterjemahan tersebut.

< Kembali ke atas >
Q7. Berapa banyak masa yang akan diambil oleh anda untuk siapkan satu tugas? Bolehkah anda siapkan projek-projek yang besar dan sukar di dalam waktu yang paling pendek?

A7.

Waktu biasa kami untuk menyiapkan satu projek ialah 3 hari bekerja untuk satu dokumen yang mempunyai sehingga 10 muka surat (kira-kira 5000 perkataan) dan 5 hari bekerja untuk satu dokumen yang mempunyai sehingga 30 muka surat (kira-kira 14,000 perkataan). Kami menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk kenaikan sebanyak 30-50% pada harga biasa. Mengambil projek penterjemahan besar, sukar dan yang diperlukan dengan segera dan menyiapkannya dalam tempoh terpendek yang mungkin adalah sesuatu yang sangat mencabar. Tetapi kami dapat melaksanakannya kerana adanya penterjamah profesional kami yang berpengalaman yang cekap dan menyiapkan kerja tepat pada masanya.

< Kembali ke atas >
Q8. Adakah anda mengenakan bayaran mengikut bilangan perkataan atau bilangan muka surat? Bagaimanakah anda mengira bilangan perkataan?

A8.

Kami biasanya mengenakan bayaran mengikut bilangan perkataan, kecuali jika teks yang ingin diterjemahkan adalah sangat pendek. Pengiraan bilangan perkataan adalah berdasarkan Word Count, satu fungsi di dalam Microsoft Word (Klik “Tools”, dan kemudian “Word Count”). Jika anda mempunyai salinan elektronik dokumen yang ingin diterjemahkan, anda boleh mendapat keputusan tersebut secara langsung; jika anda tidak mempunyai salinan elektronik, bilangan perkataan yang ingin diterjemahkan cuma boleh dianggar atau dikira secara insani, di mana cara yang paling mudah ialah: bilangan baris x bilangan perkataan perkataan pada setiap baris x bilangan muka surat = bilangan perkataan yang akan diterjemahkan. Anda juga boleh menghantar dokumen anda kepada kami melalui emel untuk mendapat anggaran percuma bilangan perkataan.

Kami juga boleh mengikut bilangan muka surat jika pelanggan kami lebih suka jika kami memberikan sebut harga begitu.

< Kembali ke atas >
Q9. Adakah penterjemahan anda dibuat di Singapura?

A9.

Ya. Kami mempunyai ramai penterjemah yang diperakui dalam pelbagai bahasa yang bertapak di Singapura. Kecekapan bahasa dan pengetahuan industri mereka biasanya mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh yang demikian, kami tidak perlu subkontrak projek kami kepada penterjemah bebas atau pembekal di luar Negara, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat pesaing kami. Hanya jika perlunya untuk memberikan perkhidmatan dirumus khas kepada pelanggan kami yang tidak boleh didapati secara tempatan barulah kami mendapatkan bantuan daripada penterjemah luar yang ada di dalam pangkalan data kami. Tetapi, walaupun kami mengagihkan projek kepada penterjemah di negara-negara lain, kami tidak hilang kawalan atau mengorbankan kualiti. Pejabat Singapura kami sentiasa bertanggungjawab bagi proses kawalan kualiti terakhir sebelum sesuatu tugasan dihantar kepada pelanggan kami. Jadi, walaupun sesuatu tugasan diproses di luar negara, anda boleh yakin bahawa kualitinya adalah cukup tinggi.

< Kembali ke atas >
Q10. Adakah anda mengenakan bayaran tambahan jika kami ingin membuat pembetulan pada penterjemahan tersebut?

A10.

Tidak. Sementara kami mengambil semua langkah untuk memastikan penterjemahan tersebut adalah betul dan tepat kepada kepuasan penuh anda, produk terakhir ini adalah bebas untuk diperbetulkan selepas ia dihantar. Ini menunjukkan bukan sahaja keyakinan kami terhadap apa yang kami buat, tetapi juga komitmen kami kepada anda untuk memberikan kecemerlangan. Akan tetapi, jarang terdapat permintaan untuk pembetulan dibuat oleh pelanggan-pelanggan kami, kerana proses kawalan kualiti kami yang ketat. Walaupun terdapat pembetulan, ia cuma untuk pembetulan yang kecil. Kami jarang menjumpai kes di mana sesuatu tugasan diperbetulkan lebih dari dua kali oleh pelanggan kami.

< Kembali ke atas >
Q11. Adakah anda menggunakan perisian komputer untuk melakukan penterjemahan?

A11.

Tidak, kami tidak pernah berbuat demikian. Penterjemahan oleh mesin banyak mengandungi kesilapan dan jauh dari dapat memenuhi tahap yang diperlukan untuk pembacaan normal, kerana perisian tersebut, tidak kira berapa canggih, tidak dapat mengatasi pengetahuan luas yang dinamik dan pengalaman yang dimiliki oleh penterjemah profesional kami. Juga, oleh kerana penterjemahan mesin memerlukan kerja penyuntingan dan bacaan pruf yang sangat banyak, ia biasanya memakan lebih banyak masa berbanding dengan penterjemahan oleh manusia apabila penstandardan dan ketekalan isi kandungan dipertimbangkan. Oleh yang demikian, kami cuma menggunakan tenaga manusia untuk melakukan penterjemahan, walaupun kerja kami kadang-kala diikuti dengan Alatan Ingatan seperti Trados dan Wordfast untuk memastikan ketekalan istilah.

< Kembali ke atas >


Mengapakah kami harus memilih Raffles Translation? Apakah kelebihan anda berbanding dengan syarikat-syarikat lain?