Terjemahan teknikal memerlukan kepakaran teknikal dan pengalaman industri dalam bidang teknikal yang berkenaan. Seperti biasa, semua dokumen teknikal anda akan dikendalikan oleh penterjemah kami yang mempunyai disiplin khusus, pengetahuan dan rekod prestasi yang terbukti di dalam bidang anda.
Terjemahan teknikal merujuk kepada suatu bidang, subjek, profesion atau perniagaan yang khusus dan harus diletakkan di bawah satu kategori khas. Bagi menjamin kualiti terjemahan teknikal, kami telah mengklasifikasikannya kepada kategori-kategori teknikal yang berlainan dan membina glosari istilah yang khusus atau berkenaan dengan bidang atau industri anda sebelum memulakan kerja terjemahan. Ini dapat memastikan hanya penterjemah yang mempunyai pengetahuan khusus yang akan melaksanakan kerja terjemahan tersebut. Selain itu, kami juga menggunakan sistem memori terjemahan (TM) untuk menyeragamkan istilah-istilah teknikal dokumen anda dan memastikan istilah-istilah tersebut diguna semula oleh semua penterjemah yang terlibat dalam projek yang sama. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti dan memendekkan masa yang diperlukan, malah dapat membantu anda menjimatkan kos kerana teks yang pernah diterjemahkan akan dikenakan bayaran yang lebih rendah.
Dokumen teknikal yang teramat khusus akan diterjemahkan oleh penutur asli dan akan disunting dan dibaca pruf oleh seorang penutur asli dan seorang yang bukan penutur asli untuk memastikan kandungan yang telah diterjemahkan adalah betul dan tepat, lancar dan mempunyai kualiti penerbitan. Kami tidak akan menerima kesilapan walaupun kesilapan itu kecil kerana ia akan mendatangkan akibat yang buruk. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Proses Kawalan Kualiti kami.
Dengan jumlah penterjemah professional, berpengalaman dan bekerja sepenuh masa yang mencecak lebih daripada 1,100 orang, kami mempunyai kepakaran dalam semua bidang teknikal yang boleh difikirkan seperti berikut:-
- Aeroangkasa/Penerbangan/Angkasa lepas
- Pertanian
- Penternakan
- Seni bina
- Automasi/Robotik
- Automobil/Kenderaan/Truk
- Biologi
- Botani
- Industri Pembinaan
- Kimia/Kejuruteraan Kimia
- Kejuruteraan Awam
- Komunikasi
- Kosmetik
- Kejuruteraan: Elektrik/Industri/Mekanikal
- Alam sekitar/Ekologi
- Elektronik/Komputer
- Perikanan
- Perhutanan/Rimba/Kayu
- Genetik
- Geografi
- Geologi
- Teknologi Maklumat
- Logistik
- Alat perubatan
- Metalurgi
- Ketenteraan/Pertahanan
- Penamaan
- Pemakanan
- Fizik
- Penerbitan dan Pencetakan
- Kaji selidik
- Telekomunikasi
Tidak kira bidang penerbangan, pembinaan, kejuruteraan atau bidang-bidang khusus yang lain, kami berupaya dan bersedia membantu anda mengatasi halangan bahasa.
Dokumen-dokumen teknikal yang biasa kami kendalikan termasuk:-
- Katalog
- Panduan Penggunaan Telefon Bimbit
- Program Komputer
- Kertas Fakta Data
- Panduan untuk Alat-alat Rangkaian
- Fail-fail Bantuan
- Prosedur Pemasangan
- Arahan Penyelenggaraan
- Arahan Operasi
- Buku Panduan Operasi
- Sistem Sokongan Operasi
- Pangkalan Data
- Proses-proses Pengisian
- Spesifikasi Teknikal
- Buku Panduan Pengguna
Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.