Perkhidmatan Intepretasi

Sebagai sebagai sebuah negara yang maju di rantau Asia, Singapura merupakan lokasi yang ideal untuk mengadakan pameran dan persidangan antarabangsa. Oleh itu, Raffles Translation yang terletak di Singapura berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan perkhidmatan interpretasi kepada kedua-dua pelanggan tempatan dan pelanggan luar negara.

Raffles Translation menyediakan jurubahasa-jurubahasa yang amat berpengalaman dan fasih dalam bahasa utama Asia untuk semua senario di mana perkhidmatan interpretasi diperlukan. Perkhidmatan interpretasi kami termasuk tetapi tidak terhad kepada Intepretasi Berturutan (CI), Interpretasi Serentak (SI), Interpretasi Berbisik (WI), Interpretasi Telekonferensi (TI), Interpretasi Pengiring (EI) dan sebagainya.

Interpretasi Berturutan

Interpretasi Berturutan adalah jenis interpretasi yang paling biasa di mana penutur akan berhenti seketika selepas mengatakan beberapa perkataan dan jurubahasa akan menginterpretasikan apa yang telah dikatakan ke dalam bahasa yang lain.

Interpretasi berturutan biasanya diperlukan oleh kumpulan yang kecil bagi mesyuarat dua pihak seperti seminar, temuduga, sesi latihan, mesyuarat perniagaan, rundingan perubatan, pendaftaran perkahwinan, sidang media, perbicaraan di mahkamah dan sebagainya, ataupun berbisik kepada seseorang individu yang menghadiri suatu persidangan.

Memandangkan interpretasi ini tidak dilaksanakan pada waktu yang serentak dan tidak memerlukan peralatan yang khusus, ia biasanya lebih murah berbanding dengan interpretasi serentak.

Interpretasi Serentak

Seperti yang tertera pada namanya, Intepretasi Serentak dilakukan pada masa yang sama oleh jurubahasa semasa seseorang penceramah mengatakan sesuatu di pentas dalam bahasa asal. Perkhidmatan Interpretasi Serentak biasanya diperlukan dalam persidangan antarabangsa rasmi atau perbincangan kumpulan fokus.

Ketika membuat interpretasi serentak, jurubahasa kami (biasanya dua orang untuk satu pasangan bahasa) akan duduk di dalam bilik kalis bunyi dan akan mengambil giliran untuk menyampaikan interpretasi mereka melalui peralatan audio kepada mereka yang hadir agar mereka memahami apa yang dikatakan oleh penceramah.

Oleh kerana interpretasi serentak dijalankan pada masa yang sama dan tiada peluang untuk membetulkan apa yang telah diinterpretasikan, maka jurubahasa haruslah menginterpretasikan dengan tepat daripada kali pertama. Ini memerlukan kemahiran interpretasi yang tinggi dan reaksi yang pantas. Walaupun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana semua jurubahasa kami yang membuat interpretasi serentak mempunyai sekurang-kurangnya 6 tahun pengalaman profesional dan kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang-bidang khusus seperti bidang undang-undang, perubatan, sains, teknologi maklumat, perbankan atau kewangan.

Interpretasi Berbisik

Jika anda mempunyai hanya satu atau dua tetamu yang memerlukan perkhidmatan interpretasi, anda mungkin boleh menggunakan seorang jurubahasa untuk melakukan interpretasi berbisik dan menikmati perkhidmatan seperti interpretasi serentak, Ini dapat membantu anda untuk menjimatkan kos penyewaan peralatan yang diperlukan untuk interpretasi serentak.

Interpretasi Berbisik dilaksanakan oleh seorang jurubahasa yang akan duduk di sebelah orang yang perlu memahami bahasa sasaran dan berbisik di telinga orang tersebut. Interpretasi ini adalah hampir serentak.

Interpretasi Telekonferensi

Interpretasi Telekonferensi adalah sejenis interpretasi yang paling cekap dan kos efektif yang sesuai untuk mesyuarat yang kecil kerana jurubahasa kami boleh menjalankan interpretasi daripada premis kami. Oleh kerana jurubahasa tidak perlu pergi ke destinasi yang ditetapkan, kadar bayaran untuk perkhidmatan interpretasi ini adalah lebih murah berbanding dengan interpretasi berturutan

Interpretasi Pengiring

Interpretasi Pengiring adalah perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda atau tetamu anda dari Eropah atau Amerika yang melawat Singapura atau negara-negara Asia yang lain untuk tujuan perniagaan atau rombongan lawatan.

Seorang jurubahasa akan mengiring seseorang tetamu atau seorang delegasi semasa rombongan lawatan, lawatan ke tapak, mesyuarat atau temuduga. Jurubahasa yang memainkan peranan ini dikenali sebagai jurubahasa pengiring atau jurubahasa yang mengiring.

Peralatan Interpretasi

Selain daripada jurubahasa serentak, kami juga menyediakan peralatan interpretasi konferensi yang boleh disewa bersama-sama dengan juruteknik yang berpengalaman untuk berada di tapak acara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul.

1. Peralatan yang Menyeluruh

2 ORANG JURUBAHASA DAN KIOS YANG DILENGKAPI DENGAN LAMPU DAN VENTILATOR

Deskripsi

Satu kios kilas suara adalah diperlukan untuk melakukan interpretasi serentak bagi setiap pasangan bahasa. Kios akan dipasang di kawasan yang sesuai agar meja utama atau podium dapat dilihat. Kios juga dilengkapi dengan alat elektronik dan lampu untuk melicinkan proses intepretasi ke dalam bahasa yang dikehendaki.

Kuantiti

Bilangan kios yang disediakan adalah bergantung kepada jumlah pasangan bahasa. Contohnya jika anda mempunyai delegasi dari Jepun, Korea dan China, maka 3 kios untuk interpretasi ke dalam 3 bahasa akan disediakan. Interpretasi berganti-ganti akan diaplikasikan jika ia melibatkan lebih daripada 2 bahasa.

DUA KONSOL INTERPRETASI YANG DILENGKAPI DENGAN HEADSET DAN MIKROFON

Deskripsi

Setiap jurubahasa di dalam kios akan dibekalkan dengan satu konsol interpretasi.

Saluran output akan diset terlebih dahulu dan selepas itu, output jurubahasa akan diprogramkan kepada satu saluran yang tertentu, contohnya

Channel 0 – Asas
Channel 1 – Bahasa Inggeris
Channel 2 – Bahasa Mandarin
Channel 3 – Bahasa Korea
Channel 4 – Bahasa Jepun
Channel 5 – Bahasa Vietnam

Kuantiti

Intepretasi Serentak memerlukan dua orang jurubahasa yang bekerja bersama-sama untuk setiap pasangan bahasa dan bergilir-gilir untuk 30 minit agar mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya. 2 konsol interpreter akan disediakan di setiap kios.

SALURAN PEMANCAR/UNIT KAWALAN PUSAT

Deskripsi

Satu Pemancar Digital Integrus akan disediakan untuk memancarkan terjemahan jurubahasa daripada IDesks kepada penerima inframerah delegasi-delegasi. Ia akan disambungkan kepada unit Kawalan Pusat DCN melalui kabel optik fiber. Radiator akan disambungkan dengan pemancar untuk pemancaran inframerah.

Kuantiti

Hanya satu unit diperlukan.

RADIATOR BOSCH YANG DILENGKAPI DENGAN PARA-PARA UNTUK LIPUTAN ACARA

Deskripsi

Radiator akan diletakkan di atas para-para di dalam bilik bagi memastikan liputan yang mencukupi untuk signal inframerah di dalam bilik tersebut agar delegasi-delegasi dapat menerima interpretasi serentak di mana-mana lokasi di dalam bilik.

Kuantiti

Bergantung kepada keluasan bilik mesyuarat, biasanya 4-5 radiator akan disediakan.

PENERIMA INFRAKOM YANG DILENGKAPI DENGAN PENGECAS DAN ALAT GANTI

Deskripsi

Satu Penerima Inframerah Digital Delegasi yang mempunyai 32 saluran yang dilengkapi dengan headset akan disediakan. Ia dapat diselaraskan terlebihi dahulu kepada apa-apa bahasa yang dikhususkan untuk mesyuarat.

Kuantiti

Jumlah headset yang akan disediakan adalah bergantung kepada bilangan orang yang hadir dan memerlukan perkhidmatan interpretasi.

Oleh itu, sila beritahu kami jumlah headset yang diperlukan semasa mendapatkan sebut harga bagi peralatan ini.

UNIT DELEGASI DGN-NG

Deskripsi

Unit delegasi akan disediakan untuk pelanggan yang ingin membuat pertanyaan dalam sesi soal jawab.

– Kerentanan yang rendah daripada gangguan telefon bimbit
– Pembesar suara yang terbina di dalam
– Pemilih saluran dengan nombor dan nama saluran yang disingkatkan.

Kuantiti

Unit delegasi akan disediakan atas permintaan pelanggan. Sesetengah pelanggan memerlukannya dan sesetengah pelanggan tidak memerlukannya.

JURUTEKNIK YANG AKAN BERSEDIA DI TAPAK ACARA SEPANJANG MASA

Deskripsi

Seorang juruteknik akan ditempatkan di tapak acara sepanjang acara dijalankan untuk menyelesaikan apa-apa masalah teknikal yang mungkin timbul semasa acara dijalankan.

Kuantiti

Biasanya hanya seorang juruteknik yang akan ditempatkan.

2. Sistem Pemandu Pelancong

Anda boleh memilih sistem pemandu pelancong wayarles jika perkhidmatan interpretasi serentak yang dikehendaki oleh anda melibatkan lawatan ke tapak dan memerlukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau bagi mesyuarat yang hanya akan dihadiri oleh beberapa orang dan tidak berbaloi untuk menyewa kesemua peralatan interpretasi.

Satu sistem pemandu pelancong wayarles terdiri daripada sebuah pemancar dan sebuah penerima yang mempunyai lingkungan pancaran berkesan sejauh 50 meter. Sebuah pemancar boleh dioperasi dengan menggunakan beberapa penerima di dalam lingkungan operasi.

Ilustrasi Perkhidmatan Interpretasi yang telah Kami Sediakan.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.