Transkreasi

Berbeza dengan terjemahan, transkreasi memerlukan kreativiti dan keaslian. Penterjemah harus menggunakan perkataan dan idea sendiri untuk membuat transkreasi. Transkreasi amat diperlukan apabila anda ingin menyediakan profil syarikat dan profil produk, risalah syarikat, surat berita, bahan pemasaran dan pengiklanan dan sebagainya dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda anda.

Kami mempunyai sekumpulan penterjemah kreatif yang fasih dalam pelbagai kombinasi bahasa  yang berupaya membantu syarikat anda menyampaikan mesej dengan tepat, bergaya dan mempunyai kualiti penerbitan.

Sebelum membuat transkreasi, kami lazimnya akan menilai kehendak anda terlebih dahulu dan selepas itu memadankan projek transkreasi anda dengan sekumpulan penterjemah yang sesuai, berpengalaman dan mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang dan bahasa sasaran yang dihasratkan. Oleh itu, kami mengesyorkan supaya anda memberikan maklumat yang sebanyak mungkin kepada kami termasuk budaya syarikat anda, target penonton untuk penulisan tersebut, gaya menulis, mesej utama yang ingin disampaikan dan sebagainya. Apabila kami memahami dengan lebih mendalam tentang syarikat anda dan mesej yang ingin disampaikan, kerja transkreasi dapat dilaksanakan dengan mudah.

Selain itu, bahan-bahan pengiklanan dan pemasaran seringkali memerlukan transkreasi kerana terjemahan langsung adalah amat janggal. Kami boleh mengubahsuai teks yang diterjemahkan agar sesuai untuk target penonton dan dapat memukau hati penonton.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.