Penyuntingan

Penyuntingan amat penting untuk menghasilkan suatu terjemahan yang baik. Setiap terjemahan memerlukan perkhidmatan seorang penyunting dan seorang pembaca pruf serta seorang penterjemah yang profesional. Malahan, peranan seorang penyunting adalah lebih penting daripada peranan seorang penterjemah atau pembaca pruf kerana penyuntinglah orang terakhir yang akan memastikan kualiti terjemahan dan menjamin terjemahan adalah lancar tanpa sebarang kesan terjemahan daripada bahasa asal kepada bahasa sasaran. Oleh yang demikian, seorang penyunting biasanya dapat membuat terjemahan yang profesional tetapi seorang penterjemah tidak semestinya dapat melakukan penyuntingan yang profesional.

Perkataan ‘penyuntingan’ sering disalahgunakan dalam industri terjemahan untuk bermaksud ‘bacaan pruf’. Ini adalah tidak benar. Raffles Translation menyunting—sebelum membaca pruf—semua terjemahan untuk memastikan ketepatan dan kesesuaian istilah-istilah yang digunakan, kekonsistenan gaya dan kelancaran terjemahan. Tujuannya ringkas dan jelas: Kualiti!

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma bagi Terjemahan untuk Bidang Kewangan yang khusus atau hubungi kami di talian telefon +65 6570 6028.