Ulasan

Perkhidmatan kami yang berkualiti tinggi telah menjadikan kami salah sebuah syarikat terjemahan yang terbesar di Singapura. Kami turut mendapat ulasan yang baik daripada pelanggan-pelanggan kami seperti berikut:

Ho Pei Lin

Singapore Telecommunications Ltd

Eksekutif Segmen Pemasaran & Komunikasi

“Saya telah bekerjasama dengan banyak agen terjemahan sebelum ini dan Raffles Translation merupakan agen terjemahan yang terbaik kerana dapat memberikan perkhidmatan terjemahan yang berkualiti baik untuk pelbagai bahasa asing dalam masa yang singkat dan pada harga yang berpatutan. Ini telah membantu meningkatkan produktiviti kerja saya kerana risalah-risalah pemasaran boleh disediakan dalam jangka masa yang lebih pendek dan tawaran promosi dapat dilancarkan dengan cepat. Raffles Translation tidak pernah gagal memastikan kualiti hasil terjemahan mereka kerana artikel yang telah diterjemahkan akan diperiksa sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dikembalikan kepada pelanggan. Kakitangan akaun, Michael Wang, sangat bertanggungjawab dan bersabar dengan permintaan pelanggan dan sering berusaha untuk menyelesaikan kerja tepat pada waktunya mahupun selepas waktu kerja. Saya berasa senang hati untuk bekerja bersama dengan Raffles Translation dan berharap agar terdapat peluang yang lebih banyak pada masa hadapan untuk bekerjasama dengan mereka.”

Jennifer Chih

Deasons

Pegawai Kanan

“Perkhidmatan Raffles Translation sering melebihi apa yang kami jangkakan dari segi kualiti, tahap kecenderungan, kepantasan maklum balas dan dan keupayaan mereka untuk menawarkan harga yang kompetitif. Perkhidmatan mereka amat ramah dan memanfaatkan kerana mereka berupaya menghasilkan terjemahan yang berkualiti tinggi dalam jangka masa yang singkat. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan mereka apabila terdapat kes-kes yang memerlukan terjemahan bahasa Cina dan kami tidak akan berasa ragu-ragu untuk mengesyorkan perkhidmatan mereka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan terjemahan yang berkualiti, boleh dipercayai dan kos-efektif. ”

Poh Shuze Chow

Cre8 Singapore

Pengurus

“Pasukan anda telah berkali-kali menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, perkhidmatan yang berkualiti dan penyerahan hasil terjemahan yang tepat pada waktunya, iaitu kualiti-kualiti yang paling penting untuk perniagaan penerbitan kewangan kami. Kami tidak boleh membayangkan bagaimana kami dapat memberikan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan kami tanpa perkhidmatan profesional anda. ”

Cassandra Tee

Bielomatik Far East Pte Ltd

Setiausaha

“Kami sangat kagum dengan terjemahan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Raffles Translation walaupun tempoh masa yang diberikan adalah amat singkat. Raffles Translation adalah sebuah syarikat yang sangat kami syorkan kerana perkhidmatan dan tahap profesionalismenya yang tinggi. ”

Julietta Lee

Hewitt Associates

Pegawai Kanan

“Eric, ribuan terima kasih atas bantuan besar yang diberikan serta penyerahan hasil terjemahan berkualiti tinggi yang tepat pada waktunya. 🙂 Sila ucapkan terima kasih kepada pasukan anda! Kami pasti akan menggunakan perkhidmatan terjemahan anda lagi pada masa hadapan!”

Han Ee Ping

CROWN ASIA PACIFIC HOLDINGS LIMITED

Pengurus Undang-Undang

“Encik Wang Jian telah membantu saya dalam terjemahan undang-undang bahasa Cina selama bertahun-tahun. Dia mampu memberikan terjemahan yang baik dan tepat walaupun untuk dokumen-dokumen yang rumit dan dia membalas dengan segera dalam situasi kecemasan. Dia memahami istilah undang-undang dan member tunjuk ajar kepada pelanggan berkenaan dengan intepretasi yang tepat dalam bahasa Cina. Saya telah banyak belajar daripadanya dan saya telah dapat mempertingkatkan tahap kefasihan bahasa Cina saya dalam proses ini. Harganya juga berpatutan. Saya amat mengesyorkan perkhidmatan Encik Wang Jian kepada orang lain.”

Yoong Yan Lee

Eli Lilly (Singapore) Pte Ltd

Kakitangan Kajian Klinikal Senior

“Raffles Translation telah memberikan perkhidmatan terjemahan kepada kami selama bertahun-tahun dan merupakan salah satu pembekal perkhidmatan yang kami percayai kerana mereka sangat profesional dan selalu menghasilkan terjemahan yang berkualiti baik. Pada mulanya, mereka hanya memberikan perkhidmatan terjemahan dalam bahasa Cina tetapi selepas itu, mereka turut memberikan perkhidmatan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berkualiti tinggi. Ini telah meringgankan beban kami kerana kami hanya perlu menggunakan perkhidmatan Raffles Translation untuk terjemahan dalam kedua-dua bahasa. Kami pasti akan mengesyorkan Raffles Translation kepada orang lain kerana mereka boleh dipercayai dan dapat menghasilkan terjemahan dengan cepat dan tepat. Harga mereka sangat berpatutan dan tidak pernah melampaui batasan sepanjang kerjasama kami selama bertahun-tahun. Ini turut merupakan sebab mengapa kami telah mengesyorkan Raffles Translation kepada rakan sekerja kami dan juga kepada syarikat-syarikat yang lain.”

Sharon Chia

Glencore Singapore Pte Ltd

Setiausuaha

“Raffles Translation sentiasa menghasilkan terjemahan yang unggul dengan segera, tidak kira betapa singkat masanya kami memerlukan terjemahan tersebut. Kami amat mengesyorkan perkhidmatan mereka.. Saya berasa gembira kerana dapat menemui seorang penterjemah yang boleh dipercayai. Terimakasih Michael.”

Joanna Ng

Raffles Hotels & Resorts

Pengurus Kanan, Strategi Jenama dan Pembangunan Organisasi

“Ya, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan anda dari segi ketepatan dan kualiti, masa penyerahan yang singkat, harga yang kompetitif dan kebolehpercayaan yang tinggi. Saya berasa sangat yakin ketika berurusan dengan Michael dan tahu bahawa kerja yang dikehendaki akan dikembalikan kepada saya pada waktu yang dijanjikan dan dengan kualiti yang baik. Saya akan terus menggunakan perkhidmatan anda jika syarikat saya memerlukan terjemahan dan saya tentu sekali akan mengesyorkan Raffles Translation kepada syarikat-syarikat yang lain. Terimakasih.”

Clark Chan

Lilly-NUS Centre for Clinical Pharmacology Pte Ltd

Kakitangan Kajian Klinikal

“China-Link telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada syarikat kami dengan menterjemahkan kedua-dua jenis dokumen pendek satu halaman ataupun dokumen-dokumen yang panjang. Setiap kali kami menggunakan perkhidmatan China-Link, mereka dapat menyiapkan terjemahan kami dengan cepat, berkomunikasi dengan jelas dan cepat dan menunjukkan fleksibiliti yang tinggi dalam memenuhi keperluan khas kami. Sepanjang kerjasama kita selama bertahun-tahun, mereka telah membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai. ”

Lilian Loh

INC Research

Pemimpin Projek

“Raffles Translation telah memberikan perkhidmatan terjemahan yang baik. Hasil terjemahan bagi dokumen-dokumen yang kami serahkan sentiasa memenuhi kehendak kami. Mereka amat pantas dalam menyelesaikan kerja terjemahan dan yang paling penting, harga mereka amat berpatutan. Mereka juga fleksibel dan berusaha memberikan perkhidmatan terjemahan yang baik. Kami akan terus menggunakan perkhidmatan mereka dan kami juga telah mengesyorkan Raffles Translation kepada syarikat-syarikat lain. ”

Bryan Yew

MPRI, Inc

Jurutera Sistem

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda dan semua kakitangan Raffles Translation yang berdedikasi kerana memberikan perkhidmatan terjemahan yang pantas dan mengkagumkan. Atas bantuan dan kecekapan anda, kami telah berjaya memenangi tender dengan lancarnya. Kami berasa gembira untuk menggunakan perkhidmatan anda dan kami pasti akan mengesyorkan perkhidmatan anda kepada semua rakan kongsi kami. ”

Pey Yin Jie

Joseph Tan Jude Benny

Peguam

“Saya berpuas hati. Standard dan kualiti kerja adalah baik. Perkhidmatan yang sangat cekap dan boleh dipercayai. Saya boleh menghubungi syarikat anda dengan amat mudah dan wakil anda sentiasa memberikan jawapan yang tepat. Saya akan terus menggunakan perkhidmatan anda dan mengesyorkan perkhidmatan anda kepada orang lain.”

Chew May May

ABI Research Singapore

Pentadbir Pejabat

“Raffles Translation adalah sangat cekap dan banyak membantu. Mereka mampu memenuhi keperluan-keperluan pelanggan dan menepati masa.”

Selena Ang

WORLDHOTELS – Pejabat Wilayah

Penolong Pengurus, Pembangunan Perniagaan

“Kami telah menggunakan hampir kesemua syarikat terjemahan di Singapura tetapi tidak ada sebuah syarikat terjemahan yang sebegitu kos-efektif, cekap dan tepat seperti pasukan daripada Raffles Translation Services dalam menterjemahkan dokumen undang-undang dan risalah syarikat kami secara berkualiti. Raffles Translation boleh melaksanakan apa yang dianggap mustahil dari segi harga dan kerumitan. Syarikat ini adalah syarikat yang benar-benar menepati apa yang dijanjikan. Kami amat mengesyorkan Raffles Translation kepada rakan-rakan kami. ”