Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Lokalisasi Laman Web

Kini, mencapai pasaran antarabangsa yang baru dan bakal pelanggan melalui laman web anda adalah sangat mudah! Laman web anda ialah imej anda, rohani anda dan kelebihan anda! Biar kami melokalisasikannya dan mengubahnya untuk memberikan anda manfaat dan hasil yang lumayan.

Lokalisasi laman web ialah proses menterjemah dan menyesuaikan sebuah laman web dari satu bahasa ke bahasa yang lain untuk menjadikannya relevan dari segi linguistik dan budaya dan bersesuaian untuk pengguna dalam pasaran tempatan tertentu. Sebagai hasil dari beberapa faktor seperti penyesuaian budaya dan keupayaan bit berganda bagi bahasa Cina, Jepun dan Korea, ia melibatkan lebih dari penterjemahan perkataan yang mudah, seperti yang pernah disebutkan dulu.

Dengan pengetahuan yang mendalam tentang bagaimana laman web direka dan bagaimana untuk menyesuaikan setiap komponennya (seperti bantuan dalam talian, dll), pasukan lokalisasi dalam negara kami bukan sahaja dapat menghasilkan versi lokalisasi yang berfungsi sepenuhnya dengan kualiti bahasa yang sempurna seperti yang asal, tetapi juga mengemas kini dan menguruskan projek lokalisasi anda dengan cekap.

Proses Kerja
Untuk melokalisasikan laman web anda, anda cuma perlu hantarkan fail asal kepada kami atau memberikan kami akses ke laman web anda supaya kami dapat memuat turn laman anda, melakukan pengiraan bilangan perkataan dan hantarkan anda butirannya supaya anda boleh menerima apa yang akan diterjemahkan dan padamkan fail-fail yang tidak berkenaan..

Jenis fail asal yang kami boleh kendalikan termasuk:

HTML
XHTML
XML
JAVA and JavaScript
FLASH
ColdFusion
CSS
ASP
PHP

Pasukan lokalisasi kami kemudiannya akan mengendalikan fail-fail ini secara langsung untuk memastikan laman web anda yang telah diterjemahkan berseseuaian dengan negara sasaran anda. Sebaik sahaja tugas kami selesai, kami akan menghantar laman web yang telah siap dilokaslisasi kepada anda, sedia untuk dimuat naik oleh anda sebagai laman web yang telah dilokalisasikan.

Secara keseluruhan, sebuah laman web berbilang bahasa bukan sahaja akan menarik perhatian pelanggan baru di dalam pasaran yang anda tumpukan, membawa aliran trafik dan keuntungan bagi syarikat anda, tetapi juga menjamin kedudukan anda sebagai sebuah syarikat global dalam arena global.

Di antara tahun 2000 hingga 2010, kami telah menterjemahkan dan melokalisasikan hampir dua ratus laman web, beberapa laman web yang telah kami siapkan baru-baru ini termasuk:

www.amicorp.com
www.goldenseason.com.sg
www.wieland.com.sg
www.beneo-palatinit.com
www.greaterthan60.com
www.donburk.com.sg

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Lokalisasi Laman Web Khusus atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Perkhidmatan Kami >< Kembali ke atas >