Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Transkripsi

Kami menyediakan perkhidmatan transkripsi profesional dengan harga yang amat berpatutan.

Di Singapura, perkhidmatan transkripsi biasanya diperlukan untuk sesi mahkamah. Oleh kerana bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi Singapura, biasanya semua transkripsi ialah dari bahasa Asia atau Eropah yang lain ke bahasa Inggeris.

Transkripsi melibatkan penterjemah profesional kami menonton video anda atau mendengar rakaman anda dan menaip pertuturan yang terlibat di dalam bahasa yang sama dengan pertuturan tersebut sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Kerap sekali sebuah pita mungkin mengandungi beberapa dialek tempatan seperti Mandarin, Hokkien, Cantonese, Chaochow, dll. Dalam keadaan yang demikian, kami akan berusaha menggunakan penterjemah dengan bakat bahasa yang berbeza untuk menghasilkan satu skrip bahasa Inggeris yang lengkap di bawah satu atap untuk menjadikannya lebih mudah bagi penggunaan anda dengan serta-merta.

Kami boleh mengendalikan apa saja jenis fail audio dan video seperti CD, DVD, kaset video, MP3, mpeg atau wav serta pita kaset biasa. Jika fail anda berada di dalam format yang tidak disenaraikan di atas, sila beritahu kami dan kami akan dapat membantu anda.

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Perkhidmatan Transkripsi Khusus kami atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Perkhidmatan Kami >< Kembali ke atas >