Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Bacaan Pruf

Bacaan pruf bermakna memeriksa sesuatu teks yang telah diterjemahkan dengan teks asal, dan memastikan yang tiada kesilapan ejaan, kesilapan tatabahasa, perkataan dan ungkapan yang terlepas atau tidak bersesuaian. Sebagai tambahan, proses bacaan pruf juga akan melibatkan pengesahan gaya dan betapa konsisten glosari penterjemahan tersebut, dan memerlukan pembaca pruf untuk memberikan maklum balas atau cadangan untuk memperbaiki teks tersebut dan menstardardkan istilahnya.

Sesuatu penterjemahan yang berkualiti mesti dibaca pruf. Ini adalah penting kerana seorang penterjemah yang menterjemahkan sesuatu dokumen mungkin terlalu terlibat dengannya untuk mengenal pasti sesuatu kesilapan dengan jelas, dan pandangan lain terhadap dokumen tersebut diperlukan untuk menjalankan penyemakan. Ini adalah penting terutamanya bagi sesuatu penterjemahan untuk diterbitkan, kerana ia adalah terlalu lambat jika sesuatu kesilapan didapati sejurus sebelum fail tersebut di hantar untuk pencetakan.

Sebagai salah satu langkah dalam Process Kawalan Kualiti kami, Bacaan pruf memainkan peranan penting dalam memastikan dokumen yang diterjemahkan di dalam syarikat adalah bebas dari kesilapan. Di Raffles Translation, bacaan pruf dilakukan oleh dua pembaca pruf yang berpengalaman dan berkelulusan dengan menggunakan pangkalan data istilah kami yang dirumus khas, panduan gaya penterjemahan dan proses-proses yang teliti, dengan pembaca pruf pertama bertanggungjawab dalam memastikan bahasa sasaran mencerminkan dengan tepat makna bahasa asal, sementara pembaca pruf kedua bertanggungjawab dalam memastikan yang semua penggunaan dan gaya penulisan adalah betul dan konsisten. Ini akan memastikan teks yang telah diterjemahkan bukan sahaja mempunyai alunan yang lancar tetapi juga bebas dari kesilapan.

Kecuali dokumen yang telah diterjemahkan di dalam syarikat, kami juga menyediakan perkhidmatan bacaan pruf kepada pelanggan mempunyai dokumen yang telah diterjemahkan oleh agensi lain tetapi mendapati hasilnya tidak begitu memuaskan. Ini biasanya benar dengan penterjemahan guaman atau kewangan di mana agensi tersebut mungkin tidak berupaya menghasilkan tugasan yang berkualiti kerana kekurangan sumber yang bersesuaian, oleh demikian mengakibatkan pelanggan mereka mencari kami.

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Perkhidmatan Bacaan Pruf kami atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Perkhidmatan Kami >< Kembali ke atas >