Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Penterjemahan Teknikal

Penterjemahan teknikal memerlukan masa dan tenaga yang banyak serta kepakaran teknikal dan pengalaman industri yang berkaitan dengan bidang teknikal yang berbeza. Seperti biasa, semua dokumen teknikal anda akan dikendalikan oleh penterjemah khusus dalam disiplin tersebut dengan pengetahun dan rekod prestasi yang terbukti di dalam bidang anda.

Penterjemahan teknikal merujuk kepada sesuatu bidang, subjek, pekerjaan atau perniagaan yang khusus dan harus diletakkan di dalam kategorinya sendiri. Untuk menjamin kualiti dokumen teknikal yang telah diterjemahkan, kami mengklasifikasikannya ke dalam beberapa kategori bidang teknikal dan mewujudkan glosari istilah yang khusus atau berkenaan dengan bidang tersebut atau industri anda sebelum kami mulakan kerja terhadapnya. Ini akan memastikan bahawa orang yang bersesuaian dengan pengetahuan teknikal yang bersesuaian diperuntukkan tugasan tersebut. Sebagai tambahan, kami juga mengunakan ingatan penterjemahan (TM) untuk menstandardkan istilah teknikal dokumen anda dan memastikan istilah tersebut digunakan oleh semua penterjemah yang terlibat dengan projek yang sama. Ini bukan sahaja akan membantu meningkatkan kualiti dan memendekkan masa yang diambil, tetapi juga membantu anda menjimatkan kos kerana teks yang telah diterjemahkan dahulu boleh dikenakan bayaran pada kadar yang lebih rendah.

Sekiranya dokumen teknikal yang terlalu khusus diterjemahkan oleh penutur asli, ia akan disunting dan dibaca pruf oleh kedua-dua penutur asli dan bukan penutur asli untuk memastikan yang ia adalah betul dan tepat dari segi isi kandungan, dan mempunyai gaya yang lancar dan boleh diterbitkan, kerana kesilapan yang sedikit boleh mendatangkan akibat yang buruk dan tidak boleh diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Proses Kawalan Kualiti kami.

Dokumen teknikal yang biasanya dikendalikan oleh kami termasuk:

Katalog
Panduan Pengguna Telefon Bimbit
Program Komputer
Kertas Fakta Data
Panduan untuk Alat-alat Rangkaian
Fail-fail Bantuan
Prosedur-prosedur Pemasangan
Arahan Penyelenggaraan
Arahan Operasi
Buku Panduan Operasi
Sistem Sokongan Operasi
Pangkalan Data Perisian
Proses-proses Perisian
Spesifikasi Teknikal
Buku Panduan Pengguna

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Penterjemahan Teknikal Khusus atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Penterjemahan Bahasa >< Kembali ke atas >