Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Penterjemahan Perkapalan/Minyak

Sebagai pusat minyak dan perkapalan di Asia Tenggara, Singapura mula merasakan kewujudan syarikat-syarikat minyak dan perkapalan antarabangsa di negara ini. Dengan ekonomi negara Cina yang berkembang dengan pesat, lebih banyak syarikat ingin menceburi pasaran Cina dengan menggunakan Singapura sebagai ibu pejabat rantau mereka. Ini telah mewujudkan permintaan yang tinggi bagi penterjemahan dokumen yang berkaitan dengan minyak dan perkapalan. Kami telah bersedia menghadapi permintaan ini dengan menawarkan pelanggan kami perkhidmatan penterjemahan yang unggul.

Semua penterjemah kami adalah merupakan siswazah dari program universiti marin dan minyak yang memegang ijazah-ijazah B.E, M.E. or Ph.D. Pendidikan sistematik yang telah mereka perolehi melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mendalam tentang marin dan minyak bersama dengan bahasa dan istilah khas, dan mengurniakan mereka kemahiran untuk menterjemahkan dokumen yang berkenaan dengan marin dan minyak. Jika anda mempunyai sebarang dokumen marin atau minyak untuk diterjemahkan, anda boleh harapkan kami untuk penterjemahan yang berkualiti tinggi.

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Penterjemahan Perkapalan/Minyak atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Penterjemahan Bahasa >< Kembali ke atas >