Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Penterjemahan Sains Kehidupan

Sebelum pelancaran pemasaran yang berjaya bagi sesuatu ubat atau peralatan perubatan untuk merawat penyakit yang sukar atau kronik seperti barah, diabetes, strok, serangan jantung, dimensia nyanyuk atau penyakit pulmonari terhalang kronik (COPD), dll. Syarikat farmaseutikal perlu mengujinya ke atas pesakit/subjek melalui organisasi penyelidikan kontrak (CRO) untuk memahami kesan perubatannya dan kesan-kesan sampingannya. Oleh kerana ujian boleh dijalankan di banyak negara, syarikat farmaseutikal dan CRO akan mencari pendekatan yang lebih berkesan kepada pengesahan bahasa dan perkhidmatan penterjemahan ujian klinikal untuk menjadikan dokumen kajian relavan dari segi budaya, serupa dari segi konsep kepada isi kandungan asal dan boleh diterima oleh populasi sasaran.

Dengan bakat dwibahasa berpakaran tinggi yang berdedikasi terhadap pengesahan linguistik yang tiada tandingannya dan perkhidmatan ujian klinikal, Raffles Translation telah, sejak tahun 2000, berkerjasama dengan beberapa syarikat farmaseutikal dan CRO untuk menterjemahkan ke hadapan dan ke belakang, mengikut keperluan peraturan bahasa antarabangsa, dokumen ujian farmaseutikal/klinikal mereka dari Bahasa Inggeris ke semua bahasa Asia yang utama termasuk Bahasa Cina Ringkas, Bahasa Cina Tradisional, Jepun, Melayu, Indonesia, Tamil, Tagalog, Thailand, Vietnam, Korea, Bengal, dll. untuk menjelaskan pengesahan linguistik.

Dokumen sains kehidupan yang biasanya dikendalikan oleh kami termasuk:

Borang-borang Laporan Kes (CRF)
Maklumat Pampasan
Kertas Arahan Pakej Ubat
Borang-borang Persetujuan Bermaklum
Aplikasi Ubat Baru Dalam Penyelidikan (INDA)
Rencana-rencana Jurnal
Label
Rampaian Data Keselamatan Bahan (MSDS)
Buku Panduan Arahan Peralatan Perubatan
Aplikasi Ubat Baru (NDA)
Soal selidik Hasil yang Dilaporkan oleh Pesakit (PRO)
Laporan Penyelidikan
Protokol Kajian
Diari Subjek
Halaman Kesimpulan
Prosedur Operasi Standard Syarikat Farmaseutikal (SOP)
Laporan Ujian
Dokumen-dokumen berkenaan yang lain

Selain dari bahan ujian farmaseutikal/klinikal, kami juga menterjemah risalah perubatan, buku-buku kecil penjagaan kesihatan, maklumat pesakit, risalah pencegahan penyakit, dll. dengan kerap untuk beberapa organisasi perubatan tempatan dan hospital, termasuk Pusat Kulit Nasional, Hospital Berintegrasi Changi, Institusi Kesihatan Mental, Hospital Mt Alvenia, Hospital Tan Tock Seng, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional, dll.

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Penterjemahan Sains Kehidupan Khusus atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Penterjemahan Bahasa >< Kembali ke atas >