Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Penterjemahan Guaman


Dari semua subjek di dalam industri penterjemahan, undang-undang merupakan salah satu bidang yang paling sukar ditangani. Bukan semua orang yang berkemahiran dwibahasa mempunyai bakat untuk melakukan penterjemahan guaman; sebaliknya, hanya penterjemah profesional yang mempunyai latar belakang guaman yang boleh menghasilkan sesuatu tugasan yang berkualiti.

Pentingnya bagi penterjemahan guaman untuk diterjemah dengan betul sepenuhnya mesti diberikan penekanan tinggi. Anda tidak mampu menanggung akibat dari penterjemahan yang salah pada dokumen guaman anda. Sebarang ketidaktepatan atau kesamaran boleh menyebabkan kekeliruan, kekecewaan, penangguhan, atau kerugian yang besar kepada syarikat anda.

Di Raffles Translation, kami menyediakan penterjemahan berbilang bahasa pelbagai dokumen guaman dan alatan guaman yang diperakui benar. Untuk menjamin kualiti penterjemahan guaman, kami hanya mengambil penterjemah yang mempunyai ijazah LL. LL.M and LL.D (J.D.), dan sementara itu, melatih penterjemah sepenuh masa dalam syarikat kami yang mempunyai lebih dari 5 tahun pengalaman penterjemahan langsung untuk menjadi penterjemah guaman profesional dengan menawarkan mereka kursus undang-undang seperti Teori Undang-undang Asas, Undang-undang Kontrak, Undang-undang Syarikat, Tort, dll.

Kesemua penterjemah guaman kami fasih dalam bahasa undang-undang, konsep undang-undang, prinsip undang-undang dan amalan undang-undang, dan memahami implikasi neksus undang-undang.

Perkhidmatan Tambahan
Kami juga boleh, bagi pihak anda, mengatur penterjemahan guaman untuk dinotarisasikan oleh notari awam atau peguam, seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa dan agensi pemerintah yang tertentu.

Dokumen-dokumen guaman yang biasanya dikendalikan oleh kami termasuk:

Afidavit
Pengurniaan Timbang Tara
Tataurusan Persatuan
Undang-undang Kecil
Keputusan Mahkamah
Pengisytiharan Hak Milik
Persetujuan dan Kontrak Usaha Sama
Undang-undang, Peraturan dan Akta
Surat Hasrat
Persetujuan Pinjaman
Persetujuan Gadai Janji
Memorandum Persefahaman
Memorandum Pertubuhan
Paten
Surat Kuasa Wakil
Kontrak Jual Beli
Persetujuan Penyewaan
Bukti Keterangan dan Tuntutan Mahkamah yang lain
Permohonan Tanda Dagang
Surat Ikatan Hak Milik Tabung Amanah
Wasiat
Surat Arahan

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Penterjemahan Guaman Khusus atau telefon kami di
+65 6570 6028..

< Kembali ke Penterjemahan Bahasa >< Kembali ke atas >