Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Penterjemahan Kewangan

Dalam penterjemahan kewangan, perkhidmatan Raffles Translation dikenali dengan ketepatannya, kepantasan, kepuasan pelanggan yang unggul dan keupayaan untuk menghasilkan sesuatu tugasan yang berkualiti tinggi di dalam belanjawan yang ditetapkan. Di sini, ketepatan teknikal dalam penterjemahan kewangan adalah lebih penting berbanding dengan penterjemahan lain, kerana ia mungkin mempunyai kesan terhadap pengaliran keuntungan seseorang pelanggan.

Kerap sekali, seseorang pelanggan amat was-was tentang keupayaan sebuah agensi penterjemahan untuk menterjemahkan dokumen-dokumen kewangannya, seperti penyata kewangan, laporan dana, prospektus, dll. kerana ini ialah satu bidang yang begitu khusus dan biasanya dianggap sangat sukar difahami yang cuma segelintir penterjemah yang mampu menghasilkan keputusan yang memuaskan. Kenyataan di mana pelanggan meminta sebuah agensi penterjemahan untuk membuat penterjemahan percubaan sebelum membuat keputusan kepada siapa kontrak tersebut harus diberikan menunjukkan kerisauan mereka tentang hasilnya.

Dengan pengalaman lebih dari satu dekad bekerja dengan bank dan institusi kewangan yang lain, firma perakaunan, organisasi pengurusan asset, dll. Raffles Translation kini merupakan salah sebuah syarikat utama di Singapura dalam memberikan perkhidmatan penterjemahan kewangan pada kedua-dua organisasi perbankan dan bukan perbankan. Dengan mempunyai ramai pakar penterjemahan kewangan yang mahir dalam perakaunan, ekonomi, kewangan, MBA atau bidang-bidang lain yang berkenaan, kami dapat menawarkan perkhidmatan pelanggan paling menyeluruh dalam industri ini dan melayan semua keperluan anda untuk menterjemahkan mana-mana dokumen kewangan atau perakaunan anda dalam cara yang sangat profesional.

Oleh kerana penterjemahan kewangan yang kurang baik akan menjejaskan kewangan anda, sentiasa ingat bahawa anda bukan sahaja memerlukan pakar kewangan untuk menterjemahkan dokumen kewangan anda dengan baik, tetapi juga penyunting kewangan untuk menyuntingnya supaya menjadi lebih baik.

Dokumen kewangan yang biasanya dikendalikan oleh kami termasuk:

Laporan Tahunan
Buku-buku Perakaunan
Undang-undang dan Peraturan Perakaunan
Laporal Penilaian Aset
Laporan Juru Audit
Perakaunan Kewangan
Penyata Kenyataan Dana
Penyata Kewangan
Produk-produk Kewangan
Pergabungan dan Pemerolehan
Laporan Dana Bulanan
Polisi-polisi Insurans
Laporan Tuntutan Insurans
Kemas Kini Pelabur
Iklan IPO
Prospektus IPO
Ulasan Pelaburan

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Penterjemahan Kewangan Khusus atau telefon kami di
65 6570 6028.

< Kembali ke Penterjemahan Bahasa >< Kembali ke atas >