Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Perkhidmatan Pentafsiran

Terletak di pusat Asia Singapura, tempat yang ideal untuk mengadakan pameran antarabangsa dan persidangan, Raffles Translation berada dalam kedudukan terbaik untuk memberikan perkhidmatan penterjemahan profesional untuk pelanggan tempatan dan luar negeri.

Raffles Translation menyediakan pentafsir-pentafsir yang fasih bahasa utama Asia yang sangat berpengalaman bagi semua senario di mana perkhidmatan pentafsiran diperlukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pentafsiran berturutan, pentafsiran serentak, pentafsiran telekonferensi, pentafsiran pengiring, dll

Pentafsiran Berturutan
Pentafsiran berturutan adalah jenis pentafsiran yang paling umum, di mana pihak bercakap menutur beberapa perkataan dan kemudian berhenti sementara penterjemah berturutan kami menterjemah apa yang telah dikatakan ke bahasa lain.

Pentafsiran berturutan di tapak biasanya digunakan dalam kumpulan kecil atau mesyuarat satu ke satu, seperti seminar, temuduga, sesi latihan, mesyuarat perniagaan, perundingan perubatan, pendaftaran perkahwinan, cetakan, sidang mahkamah, dll. Ataupun berbisik kepada individu yang menghadiri persidangan.

Oleh kerana pentafsiran tidak dilakukan secara masa nyata dan tidak memerlukan peralatan khusus, ia adalah jauh lebih murah daripada pentafsiran serentak.

Pentafsiran Serentak
Pentafsiran serentak adalah, seperti namanya, ketika penterjemahan pentafsir disampaikan pada masa yang hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh penceramah anda. Pentafsiran serentak biasanya digunakan untuk persidangan antarabangsa rasmi.

Ketika memberikan perkhidmatan pentafsiran serentak, pentafsir kami (biasanya dua orang untuk satu pasangan bahasa) akan duduk di bilik kalis suara yang bekerja mengikut giliran, menghantar versi mereka kepada para pendengar melalui peralatan audio untuk membolehkan semua delegasi faham.

Oleh sebab pentafsiran serentak dilakukan dalam masa nyata dan tidak ada peluang kedua, pentafsir harus menterjemah dengan betul pada kali pertama. Ini memerlukan kemahiran pentafsiran yang tinggi dan reaksi terpantas. Untuk jaminan anda, semua pentafsir serentak kami mempunyai sekurang-kurangnya 6 tahun pengalaman profesional dan memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang mereka pilih, seperti undang-undang, perubatan, sains kehidupan, IT, perbankan atau kewangan.

Peralatan Pentafsiran
Selain pentafsiran serentak, kami juga menyediakan peralatan pentafsiran persidangan untuk disewa bersama-sama dengan juruteknik berpengalaman untuk berada di tapak sepanjang mesyuarat itu untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.

Pentafsiran Telekonferens
Pentafsiran Telekonferens adalah cara yang paling efisien dan berkesan dari segi kos untuk mengadakan mesyuarat kecil di mana pentafsir berturutan kami boleh menelefon dari tempat kami untuk berkhidmat untuk anda. Oleh sebab penterjemah tidak perlu pergi ke tapak pilihan anda, maka kos ini jauh lebih rendah berbanding dengan pentafsiran berturutan.

Pentafsiran Pengiring
Pentafsiran Pengiring adalah perkhidmatan pentafsiran yang kami sediakan untuk anda atau tetamu anda yang melawat Singapura atau negara lain di Asia dari Eropah atau Amerika tidak kira untuk lawatan perniagaan atau percutian.

KLIK DI SINI KLIK DI SINI untuk mendapat sebut harga percuma tentang Perkhidmatan Pentafsiran Khusus kami atau hubungi kami di talian 65 6570 6028.

< Kembali ke Perkhidmatan Kami >< Kembali ke atas >