Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Penyuntingan

Penyuntingan adalah sangat penting bagi sesuatu penterjemahan yang baik. Setiap penterjemahan memerlukan khidmat seorang penyunting dan seorang pembaca pruf serta seorang penterjemah profesional. Sehingga takat tertentu, peranan seorang penyunting adalah lebih penting daripada seorang penterjemah atau pembaca pruf, kerana penyunting yang mempunyai ‘kuasa terakhir’ ke atas kualiti sesuatu penterjemahan dan menjamin aliran yang lancar bagi bahasa sasaran tanpa sebarang kesan yang ia telah diterjemahkan dari bahasa asal. Oleh yang demikian, seorang penyunting biasanya dapat melakukan penterjemahan profesional, tetapi seorang penterjemah tidak semestinya dapat melakukan penyuntingan profesional.

Dalam industri penterjemahan, perkataan ‘penyuntingan’ adalah satu perkataan yang biasanya disalah gunakan – digunakan oleh ramai untuk menyatakan ‘bacaan pruf’. Tetapi ia sebenarnya bukan. Di Raffles Translation, kami menyunting – sebelum bacaan pruf – semua penterjemahan untuk memastikan ketepatan dan kesesuaian istilah, gaya yang konsisten dan kelancaran penulisan. Tujuannya mudah dan amat ketara: Kualiti!

Cuma KLIK DI SINI untuk mendapatkan Sebut Harga Percuma tentang Perkhidmatan Penyuntingan Khusus kami atau telefon kami di +65 6570 6028.

< Kembali ke Perkhidmatan Kami >< Kembali ke atas >