Raffles Translation - Offers translation services in Singapore and worldwide

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player


Tentang kami

Sebuah perkhidmatan bahasa yang profesional di Singapura, Raffles Translation Services (“Raffles Translation”) telah ditubuhkan pada tahun 1999 untuk memperingati ulang tahun ke-180 penemuan Singapura moden oleh Thomas Stamford Raffles pada tahun 1891. Seperti pelanggan kami Raffles Hotel, Raffles Hospital dan Raffles Club, kami menamakan diri kami Raffles Translation kerana di Singapura, Raffles melambangkan KECEMERLANGAN, KUALITI DAN TARAF PERTAMA.

Sebagai sebuah pasukan elit dalam industri penterjemahan, kami memberikan khidmat penterjemahan dan pentafsiran berkualiti dalam bahasa-bahasa Asia dan Eropah,termasuk tetapi tidak terhad kepada Bahasa Melayu, Tamil, Indonesia, Tagalog, Vietnam, Burma, Bengal, Thailand, Kemboja, Laos, Jepun, Korea serta Bahasa Cina pada satu hujung, dan Bahasa Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, Denmark, Belanda, Rusia, Ukraine, Yunani, Turki, Norway, Finland, Latin, Poland, Latvia, Croatia, Czechoslovakia, Ireland, dan lebih banyak lagi pada penghujung yang lain. Raffles Statue

Kami telah menubuhkan satu pasukan khusus untuk sesuatu negara bagi setiap projek, besar atau kecil dalam Penterjemahan Bahasa (Penterjemahan Kewangan, Penterjemahan Guaman, Penterjemahan Sains Hidup, Penterjemahan Teknikal, Penterjemahan Perniagaan, Penterjemahan Perkapalan/Minyak, Penterjemahan Sastera Cina, Penterjemahan Perakuan), Khidmat pentafsiran, Lokalisasi Laman Web, Penyuntingan, Bacaan Pruf, Penulisan Naskah Iklan, DTP (Mengatur Huruf), Transkripsi, dll.

Kesemua penterjemah/pentafsir kami adalah juru bahasa sepenuh masa yang asli dan bertauliah yang berpengalaman khusus dalam bidang akademik yang tertentu. Tidak kira apa jenis dokumen atau data yang anda ingin terjemahkan, Raffles Translation akan sentiasa memberikan anda perkhidmatan khusus yang pasti memenuhi keperluan khusus anda.

Dengan sistem kami yang telah diuji dan dipercayai, anda boleh yakin bahawa memilih Raffles Translation bermakna memilih KUALITI TERBAIK yang anda mungkin tidak dapat di mana-mana. KLIK DI SINI untuk mendapatkan sebut harga percuma, dan nantikanlah untuk menerima penterjemahan pakar dari pasukan profesional kami yang bertauliah dan berpengalaman.

Visi Kami
Untuk menonjol sebagai sebuah syarikat penterjemahan bertaraf antarabangsa dengan menyediakan perkhidmatan penterjemahan, pentafsiran dan lokalisasi bahasa yang khusus dan bernilai tambahan bagi manfaat perniagaan dan individu di serata dunia.

Misi Kami
Kami komited dalam menambahkan nilai kepada perniagaan pelanggan kami melalui perkhidmatan penterjemahan, pentafsiran dan lokalisasi bahasa yang unggul dan khusus pada kadar yang sangat berpatutan dan di dalam masa yang sesingkat mungkin.

Objektif utama kami ialah untuk menjalinkan hubungan perkongsian perniagaan jangka panjang dengan pelanggan kami dengan mengekalkan tahap keyakinan dan kesetiaan yang paling tinggi dengan mereka.

Sebagai tambahan, kami bersedia menjadi pelopor dalam usaha untuk meningkatkan piawai lebih tinggi bagi industri penterjemahan bahasa.

Nilai Teras Kami

Di Raffles Translation Services, kami komited dalam menghasilkan penterjemahan bahasa yang berprestasi tinggi dan boleh dipercayai dengan penekanan pada “PROFESIONALISME” yang disokong oleh nilai teras kami yang kukuh:

Sentiasa Megejar Kesempurnaan

Walaupun kami faham bahawa tiada apa yang sempurna di dalam dunia ini, kami masih bertekad mengejar kesempurnaan dalam apa jua yang kami lakukan pada setiap masa, kerana kami tahu bahawa ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan, tetapi ia hanya beberapa saat untuk memusnahkannya”. Budaya kami menyatakan yang kami tidak membenarkan kesalahan atau kesilapan untuk berlaku, walau sekali pun. Ini yang kami kenali sebagai Jaminan Kualiti Penuh (Total Quality Assurance (TQA)), iaitu tali keselamatan perniagaan kami. Di Raffles Translation, kami komited dalam menghasilkan perkhidmatan penterjemahan bahasa yang premium dengan melaksanakan satuProses Kawalan Kualiti bagi setiap projek, besar atau kecil, untuk memenuhi dan mengatasi jangkaan pelanggan kami.

Kerjasama Berorientasikan Sumber Manusia
Sumber manusia ialah aset kami yang paling penting. Sebagai tulang belakang perniagaan kami, mereka menjamin kualiti dan kejayaan perniagaan kami. Kami komited dalam mengambil, melatih dan mengekalkan penterjemah profesional, dipilih khas daripada yang terbaik di dalam bidang mereka. Lebih-lebih lagi, kami percaya dalam kerjasama pasukan dan menggalakkan semua kakitangan kami untuk bekerja sebagai satu pasukan; hanya kerjasama pasukan dapat menghasilkan keputusan premium yang anda harapkan – seperti kata Bill Gates, tiada individu yang sempurna; hanya pasukan yang sempurna.

Sentuhan Peribadi
Pelanggan kami terdiri dari sektor-sektor yang berbeza, dengan setiap pelanggan mempunyai permintaan dan keperluannya yang tersendiri. Dengan berpandukan ini, kami sentiasa memastikan yang setiap pelanggan diberikan perhatian yang maksimum melalui komunikasi yang berkesan. Bukan sahaja kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan, kami juga memberikan keutamaan kepada pemberian perkhidmatan yang profesional dan mengambil berat kepada pelanggan kami, direka khas untuk memenuhi keperluan khusus setiap individu, iaitu, kami sentiasa meletakkan kepentingan pelanggan kami sebelum segalanya. Kami bertumpu kepada kejujuran, integriti dan berfikiran terbuka.


Menjadi Berkesan Kos

Harga merupakan sesuatu yang penting kepada pelanggan. Tiada sesiapa yang ingin membayar lebih dari kadar yang paling rendah di pasaran. Di Raffles Translation Services, kami komited dalam menawarkan anda harga yang paling berpatutan tanpa mengorbankan kualiti atau keberkesanan, untuk mewujudkan suatu situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak. Projek anda sentiasa dibuat dengan betul, tepat pada masanya, dan tidak melebihi belanjawan – tanpa pengecualian.

Mengendalikan Semua Kerja Kami Secara Sulit

Sementara perkembangan pesat dalam dunia Internet menjadikan sempadan geografi tidak lagi penting dan mewujudkan peluang baru yang begitu banyak bagi perniagaan penterjemahan bahasa, ia juga menimbulkan kebimbangan pelanggan tentang kesulitan dokumen yang mereka hantarkan. Di Raffles Translation, kami memahami kebimbangan ini dan menjamin untuk mengekalkan etika profesional sepenuhnya dalam mengendalikan semua maklumat yang diberikan sebagai sulit.

Untuk memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan kami, kami dengan sukacitanya menandatangani “Perjanjian Tanpa Pendedahan” (Non-Disclosure Agreement (NDA)), supaya anda boleh menikmati kepercayaan dan keyakinan penuh dalam organisasi kami sebagai sebuah organisasi yang akan melindungi kesulitan anda, dijamin oleh sistem guaman ketat Singapura.

Untuk menandatangani NDA dengan kami, sila muat turun dokumen standard kami di sini, baca isi kandungannya dengan teliti isikan nama syarikat anda dan tarikh, dan tandatanganinya dalam dua salinan, dan kemudian imbaskannya dan hantarkannya kepada info@rafflestranslation.com.sg untuk tandatangan kami. Kami akan, semasa menerimanya, menandatanganinya dengan segera dan kembalikan satu salinan kepada anda melalui emel diikuti dengan salinan asal melalui penyuratan, di mana selepas itu anda boleh menghantar dokumen kepada kami untuk sebut harga dengan rasa selamat.

Apabila menggunakan laman web kami, anda boleh yakin bahawa privasi anda akan dihormati dan dilindungi di bawah Polisi Privasi kami.

< Kembali ke atas >